Saja nak kongsi, mungkin ramai yang dah tau, tapi mungkin ada yang belum pernah terfikirpun..
Hari ahad bagi saya selalunya hari bercomot-comot,berbusuk-busuk, berhangit-hangit. Kenapa?
Haaaaa... hari ni saya akan operasi semua ikan yang dah dibeli pada hari sabtu. Siang bersih-bersih, masukkan dalam bekas-bekas, selalunya untuk seminggu. Saya tak kisah kalau orang kata nanti isi ikan jadi
Minggu, 30 Juni 2013
Sabtu, 29 Juni 2013
Tidak takut Tuhan punca masalah
Di dunia hari ini, orang menilai masalah tidak sama. Masalah yang dimaksudkan di sini ialah sesuatu yang orang tidak suka. Sesuatu yang menekan dan menyusahkan orang. Sesuatu yang menghimpit, yang membuatkan orang risau, bimbang dan susah hati. Kebanyakan masalah tidak disukai orang. Jadi, masalah yang tidak disukai oleh manusia itu dinilai tidak sama. Kadang-kadang masalah itu tidak dikatakan
Label:
general discussion,
ilmu,
kenangan,
rindu,
sajak
Lokasi:
United States
Jumat, 28 Juni 2013
Surat Dari Tahanan Syria #Pray4Syria :'(
Surat ini telah berjaya dibawa seludup keluar dari Baad Assad Syria. Ia menceritakan tentang rintihan wanita Islam yang dikurung di dalam penjara Syria.
Dengan nama Allah yang pengasih lagi penyayang. Kami telah menulis berpucuk-pucuk surat dengan air mata dan rintihan hati tetapi malangnya tidak satu pun sampai kepada umat Islam di luar pintu besi ini. Kami tidak dibenarkan menulis atau
Kamis, 27 Juni 2013
Adab Bermasyarakat
Bermasyarakat perlu bekerjasama
Menegakkan kebaikan dan keperluan bersama
Berkorban tenaga,menyumbang harta
Ikhlasnya hati waktu bekerja
Kemungkaran sama-sama membasmi
dan mencegahnya
Jangan biarkan ia bertapak
di dalam kehidupan
Kerana ia perosak perpaduan
Kena tumpaskan waktu ia bermula
Bertolak ansur di dalam pergaulan
Sabarlah menerima ujian
Lupakanlah kesalahan kawan
Maaf-bermaafan perlu

Rabu, 26 Juni 2013
Kelahiran Yang Ditunggu
28 Novembar 1979
Hati Abidah dilanda gundah-gulana. Sejak beberapa minggu lepas hujan turun tanpa tanda untuk teduh. Air sungai juga mula melimpah. Kata orang kampung banjir besar akan melanda tahun ini. Mengingatkan itu hati Abidah tambah resah. Dia mengusap-ngusap perutnya yang sarat, cuma menunggu hari, terasa pergerakan lembut di situ. Abidah tersenyum kecil. Ya Allah, kepadaMu aku berserah.

Selasa, 25 Juni 2013
Pujian Tuhan pada HambaNya
Pujian Tuhan pada hambaNya
-Aku suka pada orang yang bertaubat
-Aku suka pada orang yang bertaqwa
-Aku suka pada orang yang pemurah
-Aku suka pada seorang yang buat dosa dan kemudian bertaubat atas dosanya.
-Aku lebih suka pada orang yang merintih atas dosanya daripada tasbih para aulia.
Dipetik dari buku Buah Fikiran Ustaz Ashaari Muhammad (2)

Senin, 24 Juni 2013
Mimpikan Ma
22 Jun 2012
Gie terbangun pukul 2.30 pagi, dengar Danish masih main game. Gie suruh Danish tidur dan Gie pun menyambung tidur semula. Ya Allah, Gie mimpikan Ma..
Kononnya Gie nak kebumikan Ma kat tempat lain. Gie tengok jasad Ma masih utuh di dalam kafan. Bila dikebumikan, Gie rasa jasad Gie yang disemadikan. Gie dapat saksikan anak-anak Gie yang menangisi pemergian Gie, kawan-kawan Humairah

Rindu Ma 7
29 Disembar 2011
Ma dah pergi.. Ma dah pergi.... Gie menangis semahu-mahunya, Faris, Fairus, Shukor yang tidak pernah Gie lihat menitiskan airmata juga menangisi pemergian Ma. Fadhli, Ya Allah, maafkan kak Gie sebab tak dapat bawa jenazah Ma pulang ke Terengganu.
Waktu itu Gie sangat buntu, hilang arah, fikiran Gie kosong.... Memang pada awalnya bila Shukor cakap nak bawa Ma balik ke Terengganu

Minggu, 23 Juni 2013
Bila Aku Lihat Lautan
Bila aku lihat lautan
Saujana mata memandang
Luas tidak nampak tepian
Ombak melambung dan menggulung
Bergelora tidak henti-hentinyaMenghempas dan memulas
Bunyinya mengerikan dan menakutkan
Dalamnya menggerunkan
Gelap-gelita, melemaskan
Hatiku membisikkan
Kalau Neraka itu seperti ini
Julangan apinya macam ombak
Yang melambung, membumbung
Bunyi apinya macam bunyi angin
Yang

Nisfu Sya'ban
Menjelang malam nisfu sya'ban, yang jatuh malam ini, Ahad 23 Jun 2013, ( Malam tertutupnya buku amalan kita selama setahun )
Mengambil keberkatan sunnah Rasulullah SAW yang sentiasa meminta maaf dan memberi maaf, saling doa mendoakan, berkasih-sayang dan sebagainya..,
Semoga setiap amalan kita Tuhan terima, buku catitan dipenuhi amalan kebajikan. Syukurlah kerana kita dilahirkan untuk menjadi

Sabtu, 22 Juni 2013
Tak tau nak bagi tajuk apa......
Aku suka memerhati, duduk-duduk sambil menunggu suami atau semasa menunggu kak Faridah ( jiran yang ku tumpang keretanya untuk ke tadikaku di Putra Jaya ), banyak sekali kerenah dan ragam manusia, berbagai rupa dan gaya, berbagai wajah dan reaksi, boleh jadi terap minda, tak percaya? Cubalah.. cuma jangan sampai ada yang perasan, he he...
Dalam pemerhatianku, selalu kutemui anak-anak yang begitu
Dalam pemerhatianku, selalu kutemui anak-anak yang begitu
Jumat, 21 Juni 2013
Cucu Abuya
Di tadika tempat aku bertugas sekarang ada dua orang cucu Abuya. Zainab berumur 6 tahun, Mimah 5 tahun. Mereka ni sepupu. Mimah agak lasak, cepat mesra dan cepat dapat sesuaikan diri, Zainab agak pemalu, pendiam tapi kedua-duanya segera dapat menerima aku sebagai guru mereka dan kedua-duanya nampak matang dan cerdik.
Hari Jumaat kami selalu bawa pelajar out door, ke taman permainan atau ke
Kamis, 20 Juni 2013
Power Kaabah
NY Times menulis: " Sekiranya orang-orang Islam berhenti melaksanakan tawaf ataupun solat di mukabumi ini, nescaya akan berhentilah putaran bumi kita ini, kerana pusingan dari super conducter yang berpusat di Hajar Aswad tidak lagi memancarkan gelombang elektromagnetik. Menurut hasil penelitian dari 15 universiti: Menunjukkan Hajar Aswad adalah batu meteor yang mempunyai kadar logam yang sangat
Rabu, 19 Juni 2013
Hati Mukmin
Mengalirlah air mata mukmin
Atau mengalirlah air mata hatinya
Bila mengingat Tuhannya
Malunya hati mukmin itu bila mengenang
Rahim dan Rahman Tuhannya
Anugerah dan pemberianNya
Remuk redamlah hatinya bila teringat
Qahhar dan JabbarNya
Kecut perutnya bils teringat hukuman dan azabNya
Resah gelisah jiwanya bila melakukan dosa
Sedih hatinya bila lalai dengan Tuhannya
Kemudian sedar

Selasa, 18 Juni 2013
Rindu Ma 6
Malam 28hb Dis. 2011
Gie tau Ma semakin uzur, tapi Gie tak pernah terfikir uzur Ma itu tanda Ma akan tinggalkan Gie. Malam ni seperti malam sebelumnya Ma tak dapat tidur. Mulut Ma tak berhenti mengucapkan kalimah Allah. Ma tak nak tidur di dalam bilik, sempit, Ma kata.
Gie bentangkan toto diruang tamu, dan tidur sebelah Ma. Di kiri kanan Ma Gie letakkan kerusi rendah untuk Ma telangkupkan muka

Sambungan Peranan Ilmu Dalam Islam
Buat pencinta ilmu.
13. Dengan ilmu pengetahuan ada manusia mudah mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.
14. Dengan ilmu pengetahuan manusia boleh mendapat kuasa.
Note: Ada point yang terpaksa ditinggalkan kerana isinya hampir sama.
Di antara sumber ilmu pengetahuan:
1. Melalui belajar dan membaca, membuat kajian.
2. Melalui pengalaman.
3. Bagi nabi dan rasul melalui wahyu.
4. Bagi orang

Minggu, 16 Juni 2013
Peranan Ilmu Dalam Islam
Dalam Islam menuntut ilmu itu adalah wajib, ada yang Fardhu ain, ada yang Fardhu kifayah. Manusia suka menuntut ilmu itu kerana memandangkan peranan ilmu itu di dalamkehidupan sangat memberi faedah-faedah dan kesan, antaranya:
1. Orang yang bodoh susah berhadapan dengan kehidupan yang bersimpang-siur dan pancarobanya, maka perlulah ilmu untuk berhadapan dengannya.
2. Dengan ilmu pengetahuan ada
1. Orang yang bodoh susah berhadapan dengan kehidupan yang bersimpang-siur dan pancarobanya, maka perlulah ilmu untuk berhadapan dengannya.
2. Dengan ilmu pengetahuan ada
Key Tee, aku pulang
Besok, 17 hb Jun, aku mengambil kesempatan untuk pulang menjenguk rumah Ma di Kuala Terengganu. Itupun kebetulan, sebab nak hantar anakku Aishah Humairah yang dapat masuk asrama di SESTER, itupun puas merengek dengan suami. Dia tak bagi sebenarnya sebab anak-anak dah mula sekolah balik, hai.. pontenglah dua hari..
Rindunya nak tengok rumah Ma, bilik Ma, dapur Ma, bilik air Ma, semualah yang
Rindunya nak tengok rumah Ma, bilik Ma, dapur Ma, bilik air Ma, semualah yang
Sabtu, 15 Juni 2013
Kenangan di waktu kecilku bersama Ma
Ma pandai menjahit.
Ma suka menjahit. Seingatku sebelum mahir, Ma suka jahit perca-perca kain disambung jadi macam cadar, cantik juga.
Bila abah kahwin dengan mak uda, Ma balik Terengganu selama 6 bulan. Membawa hati...dan sempat menambah ilmu jahitan, memang minat Ma. Peliknya aku ni dahlah anak perempuan tunggal tapi lansung tak minat menjahit.
Selepas 6 bulan merawat hati Ma balik ke

Kamis, 13 Juni 2013
Rindu Ma 5
Ma, rindu dan kasih sayang Gie pada Ma tak kan lenyap sampai bila-bila..
Malam rabu 28 hb 11/ 2011
Ma nampak semakin uzur, lansung tak lalu makan, cuma mampu meneguk air, itupun cuma buat membasahi tekak yang kering. Tapi uzur macam mana pun Ma tetap tunaikan kewajiban terhadap Yang Maha Pencipta..
Tapi inilah yang sangat membuat Gie terkilan hingga saat ini, Gie tak pimpin Ma ke bilik air,

Rabu, 12 Juni 2013
Kenangan waktu kecilku bersama Ma
Seingatku aku mula belajar mengaji sejak usiaku lima tahun. Ma ajar aku mengaji secara mengeja dan menghafal ayat-ayat lazim. Tapi biasalah mengaji dengan mak sendiri, kena marah sikit mulalah merajuk lari menyorok bawah rumah. Rumah kami rumah papan ada tiang atap zink di ruang tamu manakala bahagian dapur atap daun nipah (kot?.. dah tak ingat daun apa).
Ma ajar ramai anak-anak kampung lain
Ma ajar ramai anak-anak kampung lain
Kenangan waktu kecil bersama Ma
Belajar Buat Karipap
Ma pandai buat karipap. Ma buat untuk cari duit tambahan dapur ,jadi dapatlah ringankan beban abah serba sedikit (anak-anak abah dengan mak uda masih kecil ).
Malam-malam aku temankan Ma buat karipap di bawah suluhan pelita minyak tanah. Dah mengantuk sangat tak sedar masa bila aku tertidur depan Ma yang masih tekun menyiapkan karipapnya. Kadang-kadang Ma cerita kat

Selasa, 11 Juni 2013
Rindu Ma 4
Petang 26 hb 11/ 2011
Gie ajak Shukor keluar cari klinik sebab bimbang tengok keadaan Ma yang masih tak berubah. Jenuh mencari jumpa satu klinik tapi doktor cuma ada lepas pukul 8.30 malam. Bimbang Shukor tak nak keluar lagi Gie ajak Ma tunggu sampai doktor datang. Bila doktor cakap Ma suspek gastrik, doktor bagi ubat tapi pesan kalau tak ok suruh bawa Ma jumpa pakar jantung, dalam hati Gie

Antara Tujuan Hidup Kita
Mursyid ku hebat orangnya, mulia akhlaknya, hebat ibadahnya, gigih mengemudi bahtera perjuangannya menelusuri Jadual Allah walau hebat dan sangat berat ujian yang dihadapinya. Amat menekankan kami supaya dapat memiliki rasa hamba ( susah gila nak dapatkan rasa hamba ni, tau je diri ni hamba ). Rasa diri hamba dan tau diri hamba tak sama, rasa itu di hati, tau itu di akal.. Haa, susahkan..
Minggu, 09 Juni 2013
Kenangan di waktu kecilku bersama Ma
Kuih Buah Melaka.
Gie teringat sampai ke harini cerita lucu Ma tentang kuih Buah Melaka ni. Ma buat kuih untuk jualan seperti karipap,pau bakar dan salah satunya Buah Melaka ni.
Tapi dulu-dulu buah melaka ni besar, tak macam sekarang,comel-comel.. Nak jadi cerita seorang HA (macam doktorla) beli kuih ni terus masuk sebiji dalm mulut, ambik kau jenuh dia mengunyah kuih tu sampai nampak

Rindu Ma 3
Gie cemas sebenarnya melihat keadaan Ma. Lebih-lebih lagi bila Gie bersembang dengan orang sebelah, katanya mak dia pun sakit dada macam Ma. Dia kata kena check-up pakar takut terlambat, Ya Allah..
Ma tak larat nak berjalan lagi, dengan suara lemah Ma minta Gie carikan kerusi roda, tapi puas Gie pusing ke sana-sini, tanya pak guard dia kata kerusi roda dah habis. Dalam hati tak putus harap,
Ma tak larat nak berjalan lagi, dengan suara lemah Ma minta Gie carikan kerusi roda, tapi puas Gie pusing ke sana-sini, tanya pak guard dia kata kerusi roda dah habis. Dalam hati tak putus harap,
Anak-anakku permata hatiku
Anakku lima orang, 3 lelaki dan 2 perempuan. Anak sulung perempuan 16 tahun umurnya, adiknya lelaki 14 tahun, kata orang umur kritikal dalam menempuh alam remaja.
Makin terasa olehku sukarnya menghadapi kerenah anak-anak yang makin meningkat remaja ni. Seusai solat tak pernah kulupa panjatkan doa agar anak-anakku sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
Si kakak dan si adik ni memang

Sabtu, 08 Juni 2013
Rindu Ma 2
Sabtu, 14 Januari 2012
Ma pergi tinggalkan aku buat selama-lamanya pada 29hb Disember 2011 bersamaan 5 Safar 1433. Ya Allah , aku dah tak ada Ma .. Dulu jauh tapi aku tahu dia ada , tapi sekarang Ma memang dah tak ada. Aku masih enggan percaya , tapi itu kenyataan yang memang aku tak dapat tolak. Sekarang aku takkan dapat rasa tempeyek Ma , ikan masin Ma buat khusus untuk aku. Dan kalau balik

Anakku masuk asrama
Bila anakku Aishah Humairah dapat tawaran ke SBP SM Sains Kuala Terengganu (SESTER), terbayang di mataku reaksi Ma (jika dia masih ada) tentu dia akan cakap,
"E molek ah, buleh Gie balik Teganu sokmo"
Hati berbunga riang, ibarat terbang ke langit! Terbayang senyum lebar Ma, gelak tawanya, dan tentulah aku tak rasa keberatan untuk melepaskan anakku ke asrama. Tapi bila teringat Ma sudah tiada,

Rindu Ma
Tak tahu macam mana nak ceritakan kerinduan ini. Air mata cepat sangat tumpah kalau teringatkan Ma. Segala kenangan bersama Ma tak mungkin dilupakan sampai bila-bila... Dulu masa Ma masih ada, rasa biasa je. Tapi sekarang barulah aku sedar sebenarnya aku sangat sayang pada Ma. Itulah manusia kan, masa ada tak dihargai. Dah tak ada, baru terasa kehilangan.
Ma, Allayarhamah Hjh Zubaidah
Langganan:
Komentar (Atom)