Rabu, 31 Juli 2013

Rasa macam tak dapat apa-apa dari Ramadhan.....

Hari ni 1 ogos 2013 bersamaan 23 Ramadhan 1434H. Ramadhan sudah makin ke hujung, madrasah Ramadhan sudah hampir melabuhkan tirainya, pelajar Universiti Ramadhan sudah hampir ke hari graduationnya....

Entahlah... rasanya Ramadhanku kali ini masih sama seperti ramadhan yang lepas. Rasanya tiada apa yang bertambah dalam diriku ini, usahkan ibadah hati iaitu bertambahnya rasa kehambaan, ibadah lahir

GADIS KECIL

Gadis kecil 
Yang beriman
Adalah bibit-bibit jelmaan
Siti Fatimah, Aisyah penghujung zaman
Taqwanya penyeri kehidupan
Akhlaknya menjadi tarikan
Kasihnya adalah idaman
Malunya jadi perhiasan
Jihad dan pengorbannya...
Demi menegakkan Iman dan Islam

                                

TAHAN SENYUM SAMPAI KETAR.

Pernah terbaca sebuah artikel, bukan senang nak jadi ratu cantik. Syaratnya bukan sahaja rupa cantik, pandai bergaya, cerdik dan berbagai-bagai syarat lagi, malah yang penting boleh senyum sentiasa. 

Kawan pun pernah bercerita, ada orang yang masuk ratu cantik kat dunia ni terpaksa 'exercise' untuk senyum 24 jam. Pandang dinding senyum, pandang cermin senyum, pandang pokok senyum, orang marah

Selasa, 30 Juli 2013

Harimau tunduk padanya berkat sabar

Telah diriwayatkan pada zaman dahulu kisah dua orang adik-beradik soleh yang tinggal berjauhan antara mereka. Oleh kerana tinggal berjauhan, maka jaranglah mereka dapat bertemu. Kadang-kadang mereka dapat berjumpa setahun sekali sahaja.
Pada suatu hari si adik ke rumah abangnya kerana ingin menziarahi abangnya. Kebetulan masa itu abangnya tiada di rumah. Dia lantas bertanya kepada kakak iparnya

Senin, 29 Juli 2013

CINTA INI UNTUK SIAPA?

Kalau ada orang hadiahkan kita sesuatu yang berharga seperti kereta, peti ais, almari, barang kemas dan lain-kain, siapa yang kita cinta? Orang yang menghadiah atau barang-barang yang dihadiahkan? Tentu pada orangnya. Barang-barang itu kalau disukai, tapi tentu tidak melebihi dari cinta pada orang yang memberinya.

Itu yang pataut. Yang tidak patut ialah mencintai barang lebih dari orang yang

Minggu, 28 Juli 2013

SIAPA YANG GILA NI?

Dalam sebuah kampung tinggallah seorang orang gila. Pada suatu pagi dapat pulak dia masuk ke masjid...

" test, test..Allahu akbar, Allahu akbar"... dia mengalunkan azan hingga habis.

Orang kampung yang kehairanan mendengar azan jam 9 pagi berdatangan ke masjid.

" La, si gila ni rupanya, woii, gila, kenapa kau azan jam 9 pagi ha? memang betullah kau gila"

Si gila yang tak nak mengaku gila

MANA YANG LEBIH SUSAH?

Mana susah mencuri ke sembahyang? Tentulah mencuri lebih susahkan? Buktinya kalau nak mencuri kena rancang betul-betul. Apa yang hendak dicuri, kat mana nak curi,  apa senjata dan alat yang nak dibawa, macamana nak selamatkan diri dari tertangkap. Pendek kata sebelum mencuri kena buata kira tolak campur darab bahagi agar kerja berhasil.

Mencuri mesti di waktu orang lain lalai dan tak sedar.

Sabtu, 27 Juli 2013

Tudungkan luar dalam

Ada orang, orang lain pakai tudung, diapun nak pakai tudung. Orang lain pakai tudung kerana taatkan Allah. Takut 
 nak dedah aurat kerana takut dengan Neraka. Maka ditutuplah aurat itu serapi-rapinya. Agar terlindung dari pandangan mata lelaki mata keranjang. Pakai tudung, sembahyang, puasa, taat suami, jaga pula maruah diri. Tak mahu berganding bahu dan bersiar-siar serta bergelak ketawa dengan

Cara ke Tandas Mengikut Sunnah

Seringkali kedapatan di kalangan kita yang susah untuk membuang air besar. Kadangkala ianya menjadikan saat yang membosankan kerana terpaksa berjam-jam di dalam tandas.

Cara yang terbaik sekali untuk membuang air besar ialah dengan bertinggung mengikut sunnah Rasulullah SAW. Iaitu dengan meletakkan peha kiri di atas kaki kiri manakala kaki kanan mencangkung seperti biasa.

Tangan kanan hendaklah

Subhanallah






SUBHANALLAH

Kenderaan ini telah hangus terbakar, tetapi kalam suci Al-Quran ini tetap terpelihara dari api yang membara. Tidak ada keraguan bagi mereka-mereka yang beriman. ALLAH MAHA BESAR



Ucaplah SUBHANALLAH

Jumat, 26 Juli 2013

Titian






Titian menjadi penghubung

Memudahkan perjalanan

Menyegarkan pertemuan

Seburuk-buruk titian dunia...

Masih boleh diperbaiki

Untuk keselamatan dan kemudahan pengguna

Titian صِرَاطُ الْمُسْتَقِيْمِ di negeri abadi...

Sehalus sehelai rambut dibelah tujuh

Tiada kenderaan yang mampu melaluinya

Melainkan kenderaan dari amal soleh dan taqwa

Dihiasi pula dengan keikhlasan

Serta rahmat dan

Syukurilah nikmat Tuhan






Di bumi bertuah ini begitu banyak nikmat pemberian Tuhan yang jarang kita syukuri, lihatlah selipar yang tersarung di kaki insan ini, jadi tanyalah dalam hatimu.... Nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?...

Kamis, 25 Juli 2013

Hebatnya Kalau Boleh Tangisi Dosa

Bukan senang hendak menangis kerana rasa berdosa. Yang selalunya orang menangis kerana kalau putus cinta, kecewa, bergaduh dengan suami atau boyfriend, suami kahwin lagi, kerana hajat tak sampai dan macam-macam sebab lagi. Yang mana semua tangisan itu tak ada pahalanya di sisi Allah.

Yang paling dahsyat ada yang menangis kerana kematian bintang filem pujaan, menangis kerana meraikan maksiat,

SIAPA SANGKA....







   







Siapa sangka jaringan benang yang halus

Tanpa berpahat atau diikat

Menjadi perisai yang kukuh

Bagi labah-labah menangkap mangsanya

Begitulah sunnatullah

Yang lemah atau kurang

Belum tentu dia kalah atau salah

Yang kuat dan gagah

Tidak semestinya dia menang atau benar

Kadang-kadang yang kalah itu benar

Yang menang itu salah

Semuanya tersirat berbagai hikmah

Biasanya

Asal-usul rakaat sembahyang

Mengapa sembahyang lima waktu tidak sama jumlah rakaatnya? Antara rahsianya ialah:


Sembahyang subuh: dua rakaat dikaitkan dengan Nabi Adam as yang sujud syukur sebanyak dua kali sewaktu matahari akan terbit selepas diturunkan dari syurga ke bumi.



Sembahyang zohor: dikaitkan dengan korban Nabi Ibrahim as setelah menggantikan anaknya Nabi Ismail as dengan seekor kibasy untuk dijadikan korban.

Bila calunnya kalah....

Mukanya muram. Bibirnya mengetap geram.
" Kenapa?" tanya saya

" Hai.. jahil betl. Bila lagi umat nak faham. Calun kami yang baik tak terpilih." Keluhnya

" Kalah tak bererti hilang semua. Kalau janji nak buat baik, buatlah baik walaupun tak ada kuasa. Jangan tunggu dah jadi pemimpin baru nak berbakti. Tak jadi pemimpin pun masih boleh berbakti."

" Apa sebab orang ramai tak faham-faham

Rabu, 24 Juli 2013

Terimakasih lagi....

Alhamdulillah, dah makin meriah blog akak ni dengan kedatangan member baru-eye-nee, Kamsiah, en. suami dan Zul Fattah, terimakasih sudi join blog akak yang tak seberapa ni. Moga ada manfaatnya yang boleh kita kongsikan bersama.

Bersiap untuk raya?

Rasanya topik yang paling hangat diperbualkan orang sekarang ni ialah persiapan menyambut hari raya. Berjalan kat mana-mana pun suasana nak menyambut syawal tu dah terlihat begitu meriah. Malah sebelum Ramadhan pun dah boleh tengok 'bena' jualan murah tak kira kat kedai kecik, kedai-kedai besar, pasaraya lagi meransang mood raya melebihi sambutan terhadap Ramadhan.

Teman alam maya pun ada yang

Selasa, 23 Juli 2013

Kasutnya tertinggal

Bisyru Al Haafi adalah seorang hartawan di Baghdad yang hidupnya siang dan malam berfoya-foya dengan kemewahan, arak dan wanita. Cahaya Allah melimpah ke hatinya disebabkan teguran dari seorang tetamu yang tidak dikenalinya. 

Sedang Bisyru menghirup nikmat dunia, tiba-tiba datang seorang tetamu mengetuk pintu rumahnya. Jariyahnya ( hamba wanita ) keluar melihat siapa yang datang.

Tamu itu

Iktibar dari seekor nyamuk

Ngg.. ngg..ngg.., seekor nyamuk berlegar-legar di kepala, muka, hidung.. tangan kita pun cepat saja bertindak. Ppp.. berakhirlah riwayat hidup seekor nyamuk yang sedang mencari rezeki.

Dan kita telah menjatuhkan hukuman tanpa bicara, tanpa timbang rasa, tanpa tanya jawab. Tidak terfikirka lansung keperluan sang nyamuk tadi yang hanya mahu setitis saja dari darah kita. Mudah-mudah saja kita

Taat suami, Taatkan Allah

Seorang isteri mempersoalkan, kenapa perempuan saja yang disuruh taatkan suami. Perempuan kena begini, kena begitu dengan suami. Kena jadi isteri solehahlah dan macam-macam lagi. Orang lelaki relaks saja.Komennya..

Yang suruh taatkan suami tu bukannya suami atau alim ulama. Tapi Allah. Sebagai seorang yang beriman, masakan suruhan Allah pun nak dibangkang. Lagipun kalau kita taatkan suami, yang

Senin, 22 Juli 2013

Susun kasut pupuk rasa hamba

Ada banyak sikap baik yang semakin dilupakan orang. Salah satu di antaranya ialah:
Apabila memasuki surau, masjid, rumah, dewan atau mana-mana kawasan yang memerlukan kasut ditanggalkan, mereka akan menanggalkan kasut dan menyusunnya dengan cantik dan teratur.

Bayangkan jika lalu di hadapan rumah yang di pintunya terdapat kasut yang tersusun cantik dan teratur. Tentu hati kita senang dan gembira

Aduih, seksanya....

Sedar tak sedar dah nak masuk 15 Ramadhan. Alhamdulillah puasa tidak lagi menjadi masalah kepada anak-anak, kalau ada pun cuma merungut dahaga je, dah mandi, rehat depan tv oklah semula. Cuma masalah lain pulak timbul.

Susah nak makan sahur. Dikejut suruh bangun takde masalah, nak makan....muka masing-masing, cam cekodok sejuk!

Teringat cerita dongeng Ma tentang bulan, sebab diorang pun kecoh

Kisah orang yang diserang lalat

Ada sebuah cerita yang diterima dari Husain, yang didengarnya dari Abdullah, dari Suaid bin Said, dari Abu Muhayyah, beliau berkata: Bercerita kepada seorang lelaki, kami satu rombongan pergi mengembara. Di antara kami ada seorang yang memaki Saidina Abu Bakar As Siddiq. Kami telah melarangnya, tetapi dia tidak menghentikan perbuatannya itu.

Di tengah perjalanan kami berhenti. Ada di antara kami

Minggu, 21 Juli 2013

Manusia ditimpa penyakit jiwa







Di akhir zaman banyak manusia ditimpa penyakit jiwa
Jiwa tidak tenang sekalipun sudah berkuasa dan kaya
Sudah ternama, sudah glamor, sudah dikenal
Tetapi segala yang dimiliki
Tiada memberi apa-apa faedah

Duduk di rumah gelisah, duduk di pejabat resah
Sedikit salah orang lain, mudah marah-marah
Segala yang dilihat tiada yang indah
Fikiran berserabut, jiwa parah

Yang tiada beriman bunuh

Rasa nak runtuh hati ibu.

Dari bangun pagi dia dok leka dengan game, dah tengahari baru teringat nak siapkan folio, sudahnya solat zohor pukul 3 petang!!!

Tulah kerja dia kalau ada di rumah, game, game,game...komputer tu kalau dia ada di rumah tak dapat 'rehat', puas kena leter baru nak mandi, puas kena marah baru nak solat, Ya Allah... berilah aku kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anakku yang sorang ni...

Bulan

Sabtu, 20 Juli 2013


Nasyid -Bimbang Ramadhan  





Bimbang Ramadhan

Tuhan mengapa aku ini
Aku berlainan dari orang lain
Setiap kedatangan Ramadhan-Mu
Mereka menyambut dengan gembira
Mereka kelihatan ceria

Tapi aku berlainan
Kedatangan Ramadhan penuh duka
Bukan aku benci bulan-Mu
Yang penuh rahmat dan berkat

Tapi aku benci diriku
Aku bimbang Ramadhan-Mu
Aku tidak mengisi sebaiknya
Aku rasa puasaku tidak sempurna

Kamis, 18 Juli 2013

Apakah maksud Ummiy Rasulullah SAW

Semoga Allah mengampunkan kita di atas salah tanggapan dan salah tafsir terhadap status Baginda SAW sebagai seorang Rasul yang Ummiy. Selama ini kita difahamkan bahwa Ummiy itu bererti orang yang tidak tahu membaca dan menulis, atau dalam istilah lain buta huruf. Jika begitu fahaman kita ertinya kita menganggap Baginda orang yang tidak belajar atau orang yang bodoh. Ensiklopedia barat juga

Peranan dan Falsafah Mata

1. Jagalah mata lahir dengan sebaik-baiknya, jangan gunakan sewenang-wenangnya kerana ia boleh melemahkan atau membutakan mata hati atau mata batin.

2. Biarlah mata lahir rabun atau buta kerana ia hanya menyusahkan kehidupan di dunia, tapi kalau mata hati rabun atau buta ia akan menyusahkan kehidupan di akhirat yang semua orang akan tinggal kekal abadi di sana.

3. Mata lahir macamlah lampu

Duta Islam Yang Pertama

Saidina Mus'ab bin Umair ra adalah duta Islam pertama yang dihantar oleh Rasulullah SAW ke Madinah. Dia ditugaskan untuk mengajar Islam kepada penduduk Madinah yang baru menerima ajaran Islam dan memperkenalkan Islam kepada seluruh penduduk Madinah. Islam berkembang dengan cepat malah luar biasa di Madinah. Beliau bekerja siang dan malam untuk Allah dan RasulNya. Usahanya yang sangat gigih itu

Rabu, 17 Juli 2013

Cara-cara menghidupkan Iman






1. Banyak tafakur.

2. Banyakkan membaca Al-Quran dengan faham makna dan kehendak ayat.

3. Mengamalkan syariat. Syariat lahir banyak membenihkan 
iman. Apabila lebih banyak berjuang, lebih banyak sembahyang, maka semakin bertambah iman.

4. Banyak mengingati dosa. Ia akan menyuburkan rasa takut pada Allah. Apabila membuat ibadah tetapi rasa selamat dan hilang rasa takut, itu adalah istidraj

Hidupkan Hati

Hati kena diaktifkan. Jangan dibiarkan kosong. Jika kosong, ia akan lalai. Maka nafsu akan kuasai hati kita bahkan syaitan akan ambil peluang. Bagaimana mengisi hati? Macamana nak aktifkannya?

1. Di waktu kosong tanpa aktiviti fizikal, isi dengan perbanyakkan selawat, mendoakan guru-guru kita, hadiahkan Fatihah kepada mereka semua.

2. Ketika bekerja aktifkan hati dengan kata-kata terimalah

Selasa, 16 Juli 2013

Dunia ibarat...

Hayatilah dengan matahati.

Dunia ibarat laut yang dalam yang dipenuhi dengan berbagai-bagai khazanah dan simpanan Tuhan yang berharga. Manusia dibenarkan mengambilnya tetapi banyak manusia tenggelam di dalamnya atau karam di dalamnya.

Dunia ibarat gadis yang cantik yang sangat mempesona. Kita disuruh mengurus dan menjaga kehormatannya tetapi kebanyakan orang sebelum orang lain menodainya, dia

Senin, 15 Juli 2013

Cerita abang Loh

Antara adik-beradik kita abang Loh lah yang jarang balik jumpa Ma, sehingga dia sangat menjadi ingatan pada Ma. Selalu Ma minta kak Gie tepon abang Loh suruh balik jumpa Ma. Tak tau kenapa abang Loh suka sangat tukar nombor tepon, sehingga susah sangat nak dihubungi. Selalu Ma beritau kak Gie, " Sokmo tak dapat tepong dia, suruh gok dia balik jumpa Ma"

Bila Ma dah takde Cik pernah cerita

Haa, jangan tak caya.. Blogger Fadhli Hamdan yang contengkan!




Nak tengok entri ni semula, klik di SINI. Terima kasih...

Camane yek?

Dua minggu lepas saya ke pasaraya Econsave beli barang dapur. Memang selalu shopping barang dapur kat situ. Kat sebelah Econsave tu ada pasar basah, kalau nak cari sayur kampung, ulam-ulam, ikan masin buatan orang kita, kat situ semua ada.

Camana yek, dah dua kali jadi camni. Saya beli ikan, diorang salah timbang. Balik rumah masa nak masuk frezeer baru perasan. Tengok-tengok harga ikan tu tak

Menyinsingnya Fajar Islam

" Wahai manusia! Allah telah memerintahkan kepadamu supaya menyembahNya dan janganlah kamu menyekutukan Dia dengan sesuatu apa pun."

Demikian Nabi Muhammad menyampaikan dakwah Islam kepada penduduk Mekah. Baginda berkeliling mengunjungi rumah mereka berdakwah secara terang-terangan setelah datang perintah dari Allah untuk berbuat demikian. Tindakan baginda telah menggoncangkan kaum-kaum

Minggu, 14 Juli 2013

terima kasih.....

Antara blog yang saya suka kunjungi ialah blog Titisan Nurani. Cerita-cerita di label kenangan sangatlah sinonim dengan pengalaman hidup saya sendiri, main pondok-pondok, tadah air  hujan dalam tong drum, mandi hujan... Ya Allah, sentimental value la...



Saya pun ada banyak cerita zaman kanak-kanak yang nak diabadikan buat kenangan anak-cucu akan datang. Tapi di bulan Ramadhan ni kononnya nak

Jibrail merasmikan Muhammad sebagai Rasul Allah

Suasana malam di bulan Ramadhan itu amat terasa sekali. Muhammad sedang bersendirian berkhalwat di dalam gua Hira'. Dalam ketenangan malam yang hening itulah Malaikat Jibril datang membawa wahyu Allah kepada Muhammad bahawa Muhammad adalah Rasul Allah. Seperti tugas-tugas Jibril dahulu menyampaikan wahyu kepada lain-lain Nabi Allah, Ibrahim, Musa, Isa dan lain -lain, dan malam itu ia muncul pula

Eh, ada follower baru

Sambil tunggu pukul 6 ( eeeii... lambatnya masak, ye.. sebab semua dah siap awal-awal, tinggal nak masuk kuali je ) sempat lagi jengah baby saya ni yang baru masuk 2 bulan usianya...

Eh! ada follower barulah, terimakasih, InsyaAllah moga ada manfaatnya yang boleh kita kongsikan.

Selamat menunggu berbuka puasa buat semua.

Sabtu, 13 Juli 2013








MEMBAZIR AMALAN SYAITAN

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."

[Surah al-Israa : 27]




Jumat, 12 Juli 2013

Meraikan Ramadhan atau....

Harini baru masuk 4 Ramadhan. Seperti kebiasaanya aku akan ke pasar hari sabtu. Selalunya hari sabtu taklah ramai orang di pasar. Sebab tu aku suka pergi hari sabtu, nak pilih barangpun senang. Tapi harini di luar jangkaanku...

Naik pelik pun ada, ni nak masak untuk bukak puasa ke apa ni?Nampaknya Ramadhan adalah bulan meraikan nafsu, nafsu makan.... tak kira kat mana, kat pasar, kat bazar, yang

Perang Mu'tah

InsyaAllah jika kita menghayati kisah ini,kita akan dapat menyelami betapa gigih, gagah berani tanpa rasa takut mati para sahabat dalam memperjuangkan Islam, suluhlah dengan matahati, moga dapat menambah kecintaan kita kepada Rasulullah SAW.

Dalam peperangan Mu'tah, pertempuran hari keenam adalah pertempuran paling sengit. Di Madinah, Rasulullah SAW memanggil semua sahabat  bersembahyang, berdoa

Kamis, 11 Juli 2013

Kenangan puasa bersama Ma

Selalunya kesempatan puasa bersama Ma hanya satu atau dua hari sahaja sebelum Syawal. Hanya itu sahaja yang direzekikan  memandangkan kekangan kerja dan waktu persekolahan anak-anak.  Bila giliran balik raya kampung tokma ni anak-anak ikut terlebih excited, kadang-kadang seminggu lagi nak balik baju dah packing masuk beg.

Selalunya bila balik aku akan operasi rumah Ma dulu, sebab Ma ni jenis

Alhamdulillah

Nampaknya masuk hari kedua puasa ni anak-anak dah mula stabil. Balik sekolah petang tadi wajah Nadhrah Hannani dah cerah dan nampak bersemangat, Alhamdulillah.

Pagi tadi dalam pukul 4.30 masa bangun nak siapkan sahur hujan dah mula turun sampailah pukul 7.30 pagi. Hujan membawa rahmat, menurunkan panas suhu tengahari dan petang. Terimakasih Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Mendengar.

Harini

Rabu, 10 Juli 2013

Peperangan Badar

Badar Al-Kubra

Pada bulan Sya'ban tahun kedua hijrah, Allah SWT telah menurunkan perintah berpuasa di bulan Ramadhan. Maka puasa Ramadhan yang pertama oleh para sahabat ra adalah di bulan Ramadhan tahun kedua selepas hijrah. Pada bulan Ramadhan itu Rasulullah SAW berpuasa dan semua dan semua umat islam berpuasa bersama Baginda. Dalam bulan Ramadhan inilah berlakunya peperangan Badar yang

Dugaan Puasa

Tengah sibuk siapkan juadah berbuka, Nadhrah Hannani ( darjah 3 ) balik dari sekolah dengan juraian air mata...

Kesian juga, tapi dah 9 tahun, dulu darjah 2 boleh lagi guna trick ni, oklah dahaga, minumlah, tapi tak boleh makan ye, dia akur. Tinggal puasa 2 hari, tapi ni dah darjah 3....

Dengar je azan, dia terus capai botol air masak, ha kau, memang dahaga betul dia, hampir habis air tu.

Selasa, 09 Juli 2013

Ramadhan kiriman Tuhan.

Nak layan tetamu biasa yang bertandang ke rumahpun aku tak mampu, inikan pula nak layan tetamu agung, mampukah aku?

Ramadhan kiriman Tuhan untukku.. 
Pandaikah aku menyambutnya? Menerimanya? Melayaninya? Beradabkah aku? Kurang ajarkah aku?

Sedih...

Ramadhan aku biasa-biasa sahaja..
Belum pernah kunikmati Ramadhan yang luar biasa...
Ramadhan bersama hati yang bercahaya..

Ramadhan ku tidak

Hari ni 1 Ramdhan 1434H

Harini dah 1 Ramadhan. Cuaca pagi kat kawasan Semenyih ni sangatlah damai, tak panas tak mendung, dah kul 9.30 pagi tapi panasnya tak terik pun, terdengar pulak kicau burung berzikir... Subhanallah.

Sebenarnya Ramadhan kali ni sunyi sikit sebab kakak dah masuk asrama, abang dah masuk tahun kedua di asrama tapi bulan puasa ni ada kelonggaran boleh balik tiap minggu, tinggal yang kecik-kecik kat

Kenangan puasa

Rasanya semua orang ada kenangan manis berpuasa zaman kanak-kanakkan?
Aku mula belajar berpuasa semasa darjah satu lagi, tapi biasalah puasa budak-budak. Masa tu kelas aku menumpang di balai raya, nak ke situ kena lalu kebun getah, tapi kebun getah tu taklah semak, jadi selamat walaupun kena jalan sorang-sorang. Jadi selamat jugalah untuk aku curi-curi makan, he he...

Bukan makan apapun,

Senin, 08 Juli 2013

Catatan Sejarah Rasulullah

Tentera Islam meneruskan perjalanan.

Selepas itu unta saidina Abu Zar ra diserang penyakit. Untanya semakin perlahan dan tidak dapat mengejar pergerakan tentera Islam. Rasulullah bertanya siapakah yang tertinggal dari kafilah tentera. Mereka memberitahu Rasulullah bahawa Saidina Abu Zar telah tertinggal dari kafilah. Unta Saidina Abu zar yang semakin perlahan akhirnya tidak mampu berjalan lagi.

Doa Malaikat Jibril menjelang bulan puasa

Inilah doa Malaikat Jibril bila menjelang Ramadhan

" Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: Tidak memohon maaf kepada kedua orang tuanya ( jika masih ada ), tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri, tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang sekitarnya,"

Maka Rasulullah mengaminkannya sebanyak

Catatan Sejarah Rasulullah

Sambungan Kisah Peperangan Tabuk.

Di dalam perjalanan tentera Islam melalui kawasan Hijr yang merupakan kota peninggalan kaum Nabi Soleh as. Rasulullah SAW dan tentera Islam berkhemah di luar kota Nabi Soleh as. Oleh kerana di situ tiada air, tentera Islam mengambil air dari perigi yang berada di dalam kota kaum nabi Soleh as. Mereka juga menggunakan air itu untuk membuat roti makanan mereka.

Minggu, 07 Juli 2013

Kelahiran Yang Dinanti 3

Sikecil itu diberi nama Farhan. Berkatnya adik Farhan. Itulah yang Nur rasa, tak taulah kebetulan atau apa, lahir saja adik Farhan, hujan yang dah berminggu-minggu tiba-tiba berhenti, air sungai kembali surut, banjir tak jadi melanda.

Dalam pantang Nur lah yang bersusah-payah menjaga Abidah. Memang susah bagi anak yang baru berusia 10 tahun. Tapi siapa lagi yang boleh diharapkan. Kain lampin,

Mimpi Ma

Jumaat malam sabtu baru ni, kak Gie join yasin dan tahlil perdana di surau, masuk tahun ni dah 2 kali buat untuk Ma. Teringin juga buat kat rumah sendiri, tapi banyaklah kerja kena buat, takpalah.. buat kat surau ramai-ramai lagi meriah rasanya.

Tapi selepas subuh pagi ahad kak Gie tertidur, rasanya masih berwuduk, nak tau Lie, kak Gie mimpikan Ma. Dah lama tak mimpikan Ma. Kononnya dalam mimpi

Jumat, 05 Juli 2013

Catatan Sejarah Rasulullah

Peperangan Tabuk
Kisah sepanjang perjalanan ke Tabuk.
Ada sebelas orang sahabat yang terkenal dengan iman dan kesetiaan mereka tidak menyertai tentera Rasulullah SAW. Salah seorang daripada mereka ialah Saidina Abu Khaisamah ra. Ada masalah yang menyebabkan dia terlewat tetapi dia yakin dia akan dapat mengejar tentera Islam. Rupanya tentera Islam sudah jauh dan dia tidak dapat mengejar mereka.

Rabu, 03 Juli 2013

Takutilah Perosak Amalan

Takutilah Perosak Amalan

Takutilah riak, ia adalah pemusnah amal
Takutilah kibir kerana ia merosakkan kebajikan
Jauhilah pemarah,ia merosakkan amal soleh 
Ibarat api meleburkan besi
Takutilah syirik
Kerana ia menghapuskan seluruh ibadah dan kebajikan
Hindarlah nama dan glamor di dalam beramal
Ia ibarat jatuhnya najis ke dalam kuah
Semuanya rosak tidak boleh dimakan
Atau ibarat racun termasuk ke

Secawan kopi

Ma suka sangat minum kopi. Gie pun suka minum kopi, tapi yang sangat istimewa di hati Gie ialah bila dapat share secawan kopi bersama Ma
Ingat sangat zaman sekolah menengah masa tingkatan 6, petang atau malam ma akan buat secawan ( cawan besi ) kopi, dan masa tu Gie takkan lepaskan peluang minta air kopi Ma. Ma akan ambil cawan lain dan tuangkan separuh untuk Gie,..
Sekarang Gie masih minum kopi,

Sambungan- Tidak Takut Tuhan Punca Masalah

Apakah kesannya bila manusia tidak takut Tuhan.

2.  Apabila tidak takut Tuhan, perkara yang bukan masalah , iaitu perkara yang disukainya, pun menjadi masalah.

Di antaranya iaah pandai. Pandai bukan masalah. Begitu juga kaya, ia bukan masalah kerana semua orang suka. Berjawatan tinggi bukan masalah sebab semua orang suka. Jadi pemimpin juga bukan masalah. Tetapi bila masalah yang satu itu wujud

Selasa, 02 Juli 2013

Sambungan -Tidak takut Tuhan Punca Masalah

Apakah kesannya bila orang tidak takut Tuhan.

1.  Apabila tidak kenal dan tidak takut Tuhan, perkara yang sepatutnya bukan masalah menjadi masalah.
Contohnya kemiskinan seperti mana pernah disebutkan dalam entri sebelum ini. Walaupun kebanyakan manusia tidak suka miskin, tapi ia bukan masalah. Bagi orang miskin yang tidak kenal dan tidak takut Tuhan, kemiskunan menjadi masalah kepadanya. Bila

Senin, 01 Juli 2013

Kelahiran Yang Dinanti 2

Menjelang subuh 29 Novembar 1979

Abidah menggagahkan diri merangkak ke arah Nur. Dengan suara lemah dia mengejutkan Nur supaya memanggil bidan. Terpisat-pisat Nur bangun kebingungan, tapi bila mindanya mula waras dan menyedari keadaan ibunya , dia melompat bangun mengejutkan adik-adiknya, " Bangun, bangun mak nak bersalin, jom panggil tok bidan".

Abidah nampak anak-anaknya menyelinap turun