Tampilkan postingan dengan label kisah para sahabat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kisah para sahabat. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 25 Januari 2014

Bayarannya Sebuah Rumah di Syurga

Ketika Rasulullah SAW mula-mula tiba di Madinah, perkara pertama yang dilakukannya ialah mendirikan masjid- Masjid Nabi. Ia didirikan di atas tanah seorang penduduk dari golongan Ansar. Ketika Rasulullah hendak memperbesarkan masjid itu, Baginda meminta tuan tanah itu memberikan tanahnya. Tukarannya ialah sebuah rumah di syurga untuknya.

Orang itu keberatan. Lalu datang Saidina Uthman bin Affan

Rabu, 27 November 2013

Dimandikan Malaikat

Salah seorang sahabat juga jurutulis kepada Rasulullah SAW yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru saja diakadnikahkan. Oleh itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah caranya Rasulullah meraikan sahabat banginda.

Namun apabila Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau terdengar gendang perang dibunyikan begitu

Kamis, 21 November 2013

LEMAK BADANNYA PADAMKAN API

Pada zaman Rasulullah SAW hidup seorang hamba abdi bernama Khabab. Kerana Khabab mengikut seruan Rasulullah sejak awal kedatangan Islam lagi, maka penderitaan yang ditanggungnya juga agak lama.  

Pernah Khabab dipaksa tuannya memakai baju besi. Lalu disuruh berbaring di atas padang pasir. Mengelupas seluruh kulitnya kerana sengatan terik mentari.

Bukan itu saja penderitaan yang terpaksa

Minggu, 17 November 2013

Si Kaya yang menjadi bank kepada masyarakat.

Ummul Mukminin Aisyah ra berkata bahawa dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda," Ku lihat Abdul Rahman bin Auf masuk syurga dengan merangkak,"

Sebahagian sahabat menyampaikan cerita Aisyah itu kepada Abdul Rahman, lalu dia pun menemui Aisyah dan berkata, " Engkau telah memperingatkan aku suatu hadis yang tak pernah kulupa akannya. Dengan ini saksikanlah bahawa seluruh kafilah ini dengan

Senin, 11 November 2013

Hanya sekeping bata lagi...




Terbaca kisah seorang sahabat tatkala azan berkumandang memenuhi ruang angkasa, lantas diberhentikan kerjanya  cuma tinggal sekeping bata sahaja lagi. Lantas seorang sahabat lain bertanya, "Mengapa tidak kau siapkan kerjamu , bukankah kita kita masih sempat berjemaah?". Dijawab oleh sahabat tadi, "Aku bimbang sekiranya ku siapkan sedangkan seruanNya telah berkumandang, aku lebih membesarkan

Sabtu, 26 Oktober 2013

Ibnu Mas'ud doakan si pencuri.

Sekali peristiwa Ibnu Mas'ud pergi ke pasar untuk membeli bahan makanan. Ketika hendak membayar bahan yang dibelinya, didapati wang yang disimpan dalam poket jubahnya telah hilang dicuri. Lantas beliau berkata, " Sekejap tadi ketika aku tawar-menawar , wang itu masih ada..."

Orang ramai di sekelilingnya menyampuk sambil mengutuk orang yang mencuri wang itu," Ya Allah, potonglah tangan pencuri

Minggu, 06 Oktober 2013

Diolog di celah perang..." AJARKAN SAYA ISLAM"

Keluarbiasaan strategi dan pergerakan Saidina Khalid Al Walid di medan perang telah mengkagumkan para panglima Rom dan komandan pasukannya. Sewaktu peperangan berhenti seketika, salah seorang daripada mereka yang bernama Georgius telah mengundang Saidina Khalid menemuinya.

Apabila bertemu, panglima Rom itu berkata: " Tuan Khalid, jujurlah anda kepadaku, jangan berbohong. Sebab orang merdeka

Senin, 30 September 2013

Sambungan Akibat perkecilkan sahabat Nabi.

seperti yang dijanjikan, inilah sambungan dari cerita semalam, semoga jadi iktibar buat kita bersama.

Mereka yang hadir tercengang mendengar kata-kata yang kurang sopan itu. Tambahan pula orang yang diperkecilkan oleh pemuda Khurasan itu ialah seorang sahabat Rasulullah yang paling banyak menghafal hadis dan disayangi oleh Baginda SAW.

Tiba-tiba seekor ular menjelma di tengah-tengah majlis

Minggu, 29 September 2013

Akibat perkecilkan sahabat Nabi

Nama Abu Hurairah tidak asing lagi dalam dunia Islam sebagai Sahabat yang paling banyak menghafal hadis.

Beliau amat kasih kepada kucing. Beliau akan memungut kucing-kucing yang dijumpai di jalanan kerana tidak tergamak membiarkan membiarkan binatang tersebut terbiar tanpa jagaan lebih-lebih lagi kalau binatang itu dianiayai.

Suatu hari beliau menggendong salah seekor kucingnya dalam lengan

Sabtu, 28 September 2013

Maunah Allah

Semasa pemerintahan Saidina Umar Al Khattab, telah berlaku peperangan antara umat Islam dan kafir. Suatu ketika beliau menghantar satu pasukan tentera Islam ke Syam yang dipimpin oleh seorang jeneral bernama sariyah.

Di Syam, Sariyah dan tenteranya berkemah di suatu lembah seperti mana diarahkan oleh Saidina Umar. Mengikut ukuran strategi perang, kedudukan khemah mereka tidak sesuai kerana di

Kamis, 26 September 2013

Islam muliakan kita.

Pada suatu hari, Khalifah Umar Al Khattab, berangkat menuju ke negeri Syam. baginda menunggang seekor unta ditemani oleh seorang pembantunya.

Sebelum memulakan perjalanan, beliau berkata kepada pembantunya itu bahawa mereka berdua akan menunggang unta secara bergilir-gilir, masing-masing untuk satu jarak yang sama. Jika Khalifah berada di atas unta, pembantu itu akan berjalan mengiringinya. Dan

Sabtu, 14 September 2013

KHALIFAH UMAR cium kepalanya...

Diperhatikan tawanan perang di hadapannya dari atas ke bawah. Dia tahu keunggulan dan sifat-sifat tentera muslimin. Mereka mempunyai iman yang kukuh serta berani berhadapan dengan maut. Mati di medan jihad menjadi kecintaan. Justeru itu tentera muslimin yang tertawan tidak terus dibunuh sebaliknya dia mahu menguji sejauh mana ketahanan iman seorang muslim.

Abdullah bin Huzaifah salah seorang

Kamis, 29 Agustus 2013

Saidina Abu Bakar...

Sebelum menjadi khalifah diriwayatkan bahawa Saidina Abu Bakar As Siddiq ra selalu menolong seorang wanita tua yang menjadi jirannya. Setiap pagi beliau akan menolong memberi makan unta-unta kepunyaan jirannya itu serta memerah susunya. Setelah beliau diangkat menjadi khalifah  jirannya itu susah hati memikirkan siapakah yang akan menolongnya. Ia menyangka tentulah Saidina Abu Bakar tidak sempat

Rabu, 28 Agustus 2013

Tingginya akhlakmu...

Pada suatu hari diriwayatkan bahawa seorang rakyat awam tanpa mengenal Salman Al Farisi, menariknya secara kasar dan menyuruhnya melakukan kerja yang cukup berat. Orang tersebut menyuruh Salman memikul karung rumput untuk dibawa pulang ke rumahnya. Dia berjanji kalau kerja itu selesai Salman akan diberi sedikit upah. Dengan patuh Salman Al Farisi melakukan kerja tersebut.

Dii tengah perjalanan

HEBATNYA MEREKA...

Suatu hari Saidina Umar Al-Khattab berangkat ke negeri Syamuntuk melihat daerah-daerah yang telah ditakluki Islam masa itu. Maksud kedatangannya yang utama sekali adalah hendak bertemu dengan Abu Ubaidah Al--Jarrah, penakluk serta amir negeri Syam yang luas itu. Amir ini juga terkenal dengan sifat amanahnya yang luar biasa.

Sesampai saja di rumah Abu Ubaidah, Khalfah pun dipersilakan masuk.

Minggu, 25 Agustus 2013

Dulu.........

Embun menitis.... setitis demi setitis...berguguran membasahi bumi. Angin malam bertiup. Sesekali menerbangkan debu-debu pasir. Kedinginan malam pukul 1.00  makin terasa, menjalari dan menggigit-gigit tulang hitam, menambah lena insan yang diulit mimpi indah.

Nun di sana..kelihatan dua sosok sedang berjalan, terhoyong-hayang melawan arus angin, sesekali jatuh.. dan bangun semula. Akhirnya sampai

Jumat, 23 Agustus 2013

Ajaibnya Iman

Pada malam hijrahnya Rasulullah SAW ke kota Madinah, Saidina Ali telah ditugaskan supaya tidur di bawah selimut yang biasa digunakan oleh Rasulullah. Rumah Rasulullah telah dikepung musuh, pahlawan pilihan Quraisy sedang mengepung dengan pedang tajam terhunus... ketika itulah anak muda yang akan bergelar ' karramallahu wajhah' dengan berani dan yakin menyelimuti tubuh mudanya dari hujung kaki ke

Senin, 22 Juli 2013

Kisah orang yang diserang lalat

Ada sebuah cerita yang diterima dari Husain, yang didengarnya dari Abdullah, dari Suaid bin Said, dari Abu Muhayyah, beliau berkata: Bercerita kepada seorang lelaki, kami satu rombongan pergi mengembara. Di antara kami ada seorang yang memaki Saidina Abu Bakar As Siddiq. Kami telah melarangnya, tetapi dia tidak menghentikan perbuatannya itu.

Di tengah perjalanan kami berhenti. Ada di antara kami