Minggu, 09 Februari 2014

Niat-niat ketika membasuh anggota wudhuk

 Mungkin ramai yang dah tahu, tapi apa salahnya baca kan, boleh refresh..dan amalkan..

1. Ketika membasuh muka, setelah niat wudhuk yang wajib- mohonlah agar wajah kita bercahaya, moga dikenali kita sebagai umat Nabi Muhammad di Yaumul Mahsyar nanti.

2. Ketika membasuh tangan kanan- niatkan agar diberikan buku amalan dengan tangan kanan.

3. Ketika membasuh tangan kiri- niatkan agar janganlah

Hu hu hu..sedih..

Cucu saya dah takde...dah kena makannnn..kot.

Al kisah petang tadi larling nampak sekor burung warna kuning, lebih besar dari burung merpati saiznya, kejar si burung merbah ni, ( saya tak tau pun tu burung merbah, larling yang cakap tu burung merbah, rupa dia lebih kurang cam burung tekukur, cuma saiznya lebih kecil ). Pastu larling saya pegi tinjau kat sarang si merbah ni, tengok anak dia

Sabtu, 08 Februari 2014

Alhamdulillah..dua cucu saya selamat..

Hari tu dalam entri Tawakkal sang burung saya ada cerita pasal kebakaran semak-samun kat tepi longkang rumah jiran sebelah..Ha..inilah kesan-kesan kebakaran tu..



Masa kebakaran tu, tak ingat lansung nak gagau kamera amik gambar...tapi Alhamdulillah rumah cucu saya selamat.




Pokok jambu air, larling tanam, tinggi dah paras dada, belum berbuah. tengok-tengok...




Haa..comelkan cucu saya,

BERDOA ketika ALLAH Hampir Dengan Kita..

Apabila kita berhajatkan sesuatu, pasti kita ingin ia segera tercapai. Untuk itu, apabila berdoa dan memohon sesuatu lakukanlah ia di waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa sambil menghadirkan hati dan menghinakan diri kepada Allah tatkala melakukannya.

Antara waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa ialah:

1.  Ketika turun hujan.

2.  Ketika akan memulakan sembahyang dan sesudahnya.

3.  Ketika

Jumat, 07 Februari 2014

Kekhuatiran Hati Isteri Solehah.

Diceritakan ketika meninggalnya seorang suami seorang waliyah bernama Rabiah Al Bashriyyah rha maka Hassan Al Basri serta teman-temannya minta izin untuk masuk ke rumahnya. Beliau mengizinkan mereka masuk dan beliau menjatuhkan tabir rumahnya lalu duduk di belakang tabir.

Kemudian Hassan Al Basri dan teman-temannya berkata, " Sesungguhnya suamimu telah meninggal dunia, maka pilihlah para zahid

Rumah Berbendera Merah dimasuki cahaya iman (2)

Kita sambung kisah Masikah yea..

Masikah sendiri pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
  " Sesungguhnya Allah membuka 'tanganNya' di waktu malam untuk menerima taubat orang yang berbuat jahat di waktu siang dan Dia membuka 'tanganNya' di waktu siang untuk menerima taubat orang yang berbuat jahat di waktu malam sampai matahari terbit dari tempat terbenamnya."

Segala firman Tuhan dan hadis

Kamis, 06 Februari 2014

Petua dapatkan jodoh

Nak kongsikan satu petua untuk mendapatkan jodoh...haaaa..excited tak? Cuba tau. Ni dari ustaz Hanafi Abd Malek yang selalu ada kat TV3 tu,masa tu ada kuliah Tanyalah Ustaz kat TV 9, tak ingat dah tajuk apa, tapi ustaz ada kongsikan petua ni.

Caranya:
1. Tadah tangan macam berdoa tu
2. Baca surah Alamnasyah sampai warafagnaalakazikrak ( sori tak tau nak taip jawi, selalu yang taip jawi tu, anak

Rumah Berbendera Merah dimasuki cahaya iman.

Sewaktu Rasulullah berhijrah ke kota Madinah bersama para sahabat untuk mengembangkan Islam, orang Yahudi dan seorang tokoh pemimpin yang bernama Abdullah bin Ubay tidak senang hati dengan kedatangan Islam. Mereka tahu Islam akan mengajak penganutnya meninggalkan perbuatan maksiat dan mungkar.

Rasa tidak senang hati pada Islam membuatkan Abdullah bersekutu dengan puak yahudi. Mereka menggunakan

MUSIM-MUSIM PERKAHWINAN

Musim-musim perkahwinan
Menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kita nikahi
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Pun tidak setabah Fatimah
Justeru dia hanyalah wanita akhir zaman,
yang punya cita-cita menjadi solehah.

Musim-musim perkahwinan
Mengajar kita kewajiban bersama
Isteri itu tanah, kita langit penaungnya
Dia ladang tanaman, kita pemugarnya
dia kiasan ternakan, kita gembalanya

SOMBONG pusaka iblis

Sombong merupakan salah satu sifat keji yang dibenci Allah dan Rasul malah oleh seluruh isi alam ini.  Mengekalkan sifat sombong ertinya mengekalkan diri dalam kutukan Allah.  Orang yang sombong itu akan datang pada hari Qiamat berupa orang sekecil semut, diliputi oleh kehinaan dari segala tempat, mereka masuk neraka dan diberi minum " Thinatul Khabal" yakni darah bercampur nanah daripada ahli

Rabu, 05 Februari 2014

Macam-macam hal..

Baru hari Isnin lepas anak saya Muhammad Hilman bukak cerita kawan dia kat sekolah agama selalu minta duit belanja dia, atau rampas, atau seluk sendiri dari poket Iman amik duit. Tak bagi nanti kena marah. Saya kata kenapa tak bagitau ustaz, dia sekadar mengangkat bahu dan menjawab 'entah'. Tak boleh jadi ni, ni dah jadi kes buli. Ni kat sekolah rendah, esok kat sekolah menengah camana la pulak.

Selasa, 04 Februari 2014

Perasaan Wanita....

WANITA memang terkenal dengan kuat perasaan. Itulah sebabnya wanita itu begitu sensitif dan mudah tersinggung. Tersentuh saja hatinya ia cepat bertindak balas. Jika sedih dia akan menangis, jika gembira dia akan ketawa atau boleh juga menangis bila terlalu gembira...:D

Mereka mudah menyayangi anak-anak. Dan menyayangi orang-orang yang menyayanginya. Begitu juga mereka mudah membenci orang yang

Senin, 03 Februari 2014

Tawakkal sang burung

Alhamdulillah, selesai operasi kebersihan di luar rumah. Ingat nak tunggu hari khamis, tapi kena buat pagi ni juga, penuh debu hitam kat garaj, semalam ada kebakaran semak-samun di belakang rumah, melarat ke kawasan lapang tapak sekolah di sebelah rumah jiran. Punca kebakaran tu asalnya petang semalam jiran tu nak bakar dedaun kering tepi longkang rumah dia, tapi cuaca kering dengan angin

Minggu, 02 Februari 2014

Madah Berkawan

"Setialah berkawan, kesalahannya dilupakan
Dia tersilap ingatkan

Nasihatnya besarkan

Kesusahannya jangan biarkan

Harapannya ditunaikan

Keluarganya hormatkan "






Ihsan google

Cuti sakan..

Hari ni dah masuk 3 Februari 2014, kejap je dah nak masuk 2 bulan melangkah tahun 2014 ni. Hari ni masih cuti, cuti sakan dari hari jumaat, eh! dari hari  rabu lepas. Terpaksa cuti lama sebab Umar Zikri kena asma semula, last kena masa umur dia 2 tahun. Tapi kali ni agak teruk, masa kena hari tu sampai 3 kali kena pegi klinik sedut oksigen. Kalau pi hospital sure kena tahan, tapi dah dengan

Sabtu, 01 Februari 2014

HAKIKAT KEHIDUPAN..

Manusia ada kehendak dan cita-cita. Dia usahakanlah dan berjaya.

Allah beri: Aku dapat 20A dalam SPM ini adalah anugerah Tuhan. Usaha aku itu pun dengan izin Tuhan juga.
_________________________________________________________________________________

Manusia berusaha untuk mencapai cita-cita. Tapi gagal. Usaha dan gagal lagi.

Allah beri: Itulah ketentuan Tuhan...Dulu cita-cita nak jadi pilot

Cerai 5 isteri...

Seorang suami mempunyai 4 orang isteri. Sewaktu pulang ke rumah, keempat-empat isterinya sedang bertengkar tidak mahu berdamai. Suami habis akal...

" Kalau kau orang tak nak berdamai, aku cerai kamu semua!!!" Ugut si suami.

" Abangkan ketua keluarga, abnglah patut cari jalan damaikan kami," kata isteri pertama.

" Amboi, amboi, banyak soal  pulak. Saya ceraikan awak." kata suami.

" Apa abang

Cari barang hilang...






Semua gambar ini diambil dari Google Images... : )