Tampilkan postingan dengan label kisah AKU. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kisah AKU. Tampilkan semua postingan

Minggu, 09 Februari 2014

Hu hu hu..sedih..

Cucu saya dah takde...dah kena makannnn..kot.

Al kisah petang tadi larling nampak sekor burung warna kuning, lebih besar dari burung merpati saiznya, kejar si burung merbah ni, ( saya tak tau pun tu burung merbah, larling yang cakap tu burung merbah, rupa dia lebih kurang cam burung tekukur, cuma saiznya lebih kecil ). Pastu larling saya pegi tinjau kat sarang si merbah ni, tengok anak dia

Sabtu, 08 Februari 2014

Alhamdulillah..dua cucu saya selamat..

Hari tu dalam entri Tawakkal sang burung saya ada cerita pasal kebakaran semak-samun kat tepi longkang rumah jiran sebelah..Ha..inilah kesan-kesan kebakaran tu..



Masa kebakaran tu, tak ingat lansung nak gagau kamera amik gambar...tapi Alhamdulillah rumah cucu saya selamat.




Pokok jambu air, larling tanam, tinggi dah paras dada, belum berbuah. tengok-tengok...




Haa..comelkan cucu saya,

Selasa, 28 Januari 2014

saja je nak cerita...

Umar Zikri sekarang suka sangat pakai baju melayu, tak kira pagi, tengahari ke, petang..Satu hari tu, sanggup tak mandi petang sebab taknak buka baju melayu, sampaila ke tengahari esoknya masih nak pakai baju yang sama. Terpaksala saya selongkar almari cari baju melayu abang-abangnya yang saya simpan, baju melayu baru-baru lagi. Abang-abangnya palkai masa raya je, habis raya simpan masuk almari.

Sabtu, 18 Januari 2014

Cantikke?..bolehla..

Dengan rendah hati saya persembahkan penampilan baru di sini, dengan bantuan anak bujang saya. Kalau harap saya sendiri yang buat, tak taula macam mana jadinya, saya tak pandai...

Saya tambah nama baru- Suri Serikandi. Suri tu kerana saya seorang isteri yang ada cita-cita mengejar title isteri solehah, Serikandi- kerana saya ada cita-cita untuk memperjuangkan Allah dan Rasul, serikandi akhir

Sabtu, 28 Desember 2013

Kat Dungun (otw ke Key Tee )




Sedar tak sedar dah nak bukak sekolah semula, dah habis cuti sekolah sebulan lebih, dah nak masuk tahun baru 2014, dah meningkat umur setahun lagi ( amalan dok tangtu jugak, hu hu ), Ya Allah...cepatnya masa berjalankan, rasa baru semalam kami balik ke Key tee ambil kakak yang bercuti sekolah, hari ni dah nak hantar semula ke asrama...

Esok 29/12/2014...genap dua tahun arwah mak meninggal, Ma

Minggu, 10 November 2013

Dah tak se'best' dulu

Hari ni kami sekeluarga akan bertolak ke Kuala Terengganu, mungkin dalam pukul 9.30 pm camtu, sedang bersiap apa yang patut, sempat jugala update..

Balik kampung ( kuala Hiliran, cabang Tiga, Kuala Terengganu..terkenal dengan keropok losong tu ) dah tak mendatangkan kegembiraan macam dulu. Kalau dulu masa Ma masih ada, rasanya setiap kali cuti sekolah aku yang lebih merengek mengalahkan

Sabtu, 02 November 2013

Tak kaya-kaya.....

Kami tergolong keluarga sederhana sahaja, tapi cukuplah makan pakai, belanja anak semua..cuma taklah mewah cam orang lain. Hidup di tengah kota raya dengan kos sara hidup yang makin tinggi kadang-kadang menyesakkan nafas juga.

Dulu-dulu masa muda ( sekarang dah tua, hu hu..tapi amalan dok tang tu juga ) aku ghairah juga cuba nak kaya. Sepuluh tahun timba pengalaman kerja dengan orang, aku cuba

Minggu, 13 Oktober 2013

Nak hilangkan ngantuk lepas subuh..

Hari ni kebanyakan sekolah bercuti sempena Aidil Adha esok. Anak-anakku kembali menyambung tidur selepas selesai solat subuh. Akupun..kalau ikutkan nafsu tidur..rasa nak tumbang balik dengan telekung..tak boleh jadi..

Hari ni InsyaAllah banyak kerja nak diselesaikan. Sementara tunggu hari agak cerah baiklah update blog dulu, sambil blogwalking juga..haaa..cerahpun biji mata..hilang ngantuk..

Rabu, 09 Oktober 2013

Best juga sesekali merapu kat budak-budak..hi hi..

Saya suka bercerita, terutama kisah-kisah teladan dan kisah pejuang-pejuang Islam yang gigih dan gagah berani kepada anak-anak KAFA saya. Harapan saya dengan cerita-cerita begini jiwa mereka akan sentiasa terdidik dan cintakan Allah dan Rasul, InsyaAllah..mudah-mudahan mereka dapat jadikan iktibar dalam membina jatidiri.



Sebab tulah entri saya banyak berkisar pada kisah-kisah pejuang Islam,

Senin, 07 Oktober 2013

Allah sayang.....

Umar Zikri demam sejak hari jumaat lepas, demamnya on-off, on-off, tapi malam tadi suhunya dah mencapai 39c, panas sangat, sampai mata pun berair, kena juga bawa ke klinik ambik antibiotik, tak maunya ok dengan ubat demam biasa. Malam tadi tengah tidur dalam pukul 4, terdengar suara dia merengek.." panas, panas "...eh, tak kurang juga panasnya walaupun dah makan antibiotik,... muntah...keluar air

Kamis, 26 September 2013

Nak jejalan je..

Malam ni kemalasan tahap kronik melanda saya, penat 'bergelut' dengan anak-anak di tadika siang tadi masih bersisa... so just nak jenjalan ziarah kengkawan,  mesti ada yang menarik.. sambil boleh komen balas pada kengkawan yang selalu rajin memberi komen cam kakzakie, eye-nee, farah, kancil....: )

* setiap detik, kita makin jauh meninggalkan dunia dan setiap detik jugalah kita makin dekat

Jumat, 06 September 2013

Dah jarang jumpa



ingatkan gula-gula....


Dah jarang jumpa benda ni. Bila anak-anak bawa balik comei je dalam goody bag camni ( dari rumah mak mentua ), dah nak ngendeng dah, ingatkanlah gula-gula. Diorang pulak excited nak tunjuk apa benda yang diorang dah bawak balik tuh...Laaa...

Punyalah jakun diorang main dengan benda ni, almaklum jarang jumpa, siap tak kasi si bungsu empat tahun usik, takut hilang,

Kamis, 05 September 2013

Kehijauan hutan di...ermmm, di mana tu?













Suasana pagi hening, damai.. dengan kabus nipis terapung perlahan naik ke ruang udara bila sinar mentari semakin terang. Jelas terdengar berbagai kicau burung  turut sama berzikir memuji kebesaran Allah, Subhanallah, Subhanallah.. Alhamdulillah, Alhamdulillah...Allahu Akbar, Allahu Akbar...merdu sekali.

Di kaki langit jelas terlihat kawanan burung terbang mencari rezeki untuk hari

Senin, 02 September 2013

Ya Allah, banyaknya kerja..

Ya Allah, Ya Allah... tolong, banyaknya kerja nak kena diselesaikan hari ni. 
Saya kerja 3 hari je seminggu, jadi cam hari ni.. cuti.. banyaklah benda yang tak selesai nak kena diselesaikan secepat mungkin. Kalau dah mengadap blog ni kang, tak selesai semua kerja tu..

Macam nilah kerja surirumah kan, tak pernah selesai. Moga saya termasuk dalam golongan orang sabar untuk mendapat ganjaran pahala