Sabtu, 07 Desember 2013

SAFAR- BUKAN BULAN BALA.

SAFAR- adalah nama bulan kedua bagi tahun Hijrah. Erti Safar itu 'kosong'. Kita orang melayu selalu sebut sifar ( kosong ). Bulan ini dinamakan Safar kerana pada bulan tersebut kerana orang-orang Arab Jahiliah sering melakukan serangan terhadap sesuatu puak yang memusuhinya, sehingga kampung halaman mereka kosong tanpa penghuni.

Oleh kerana pada bulan ini selalu berlaku peperangan dan

Jumat, 06 Desember 2013

Mengapa Engkau 'Mendera' Kami.....?

Al- Qahhar..lambang sifat Maha Keras dan simbol didikanNya.

Apabila Allah datangkan bala bencana, manusia tidak mampu menangkisnya, meskipun pada mereka ada teknologi yang amat canggih, Tsunami yang melanda Jepun tahun lalu ( maaf jika silap tahun ), meragut ribuan nyawa dan memusnahkan harta benda yang tidak ternilai. Letupan gunung berapi, banjir, ribut taufan dan lain-lain, tiada siapa yang

Kamis, 05 Desember 2013

Derap Kaki Kuda Waktu Dinihari..

PADA KEHENINGAN SUBUH YANG BERSEJARAH kira-kira 1300 tahun yang lalu,sebelum mentari memancarkan sinarnya di kota Samarkand, suasana tiba-tiba berkocak. Rengkekan kuda kedengaran bertalu-talu. Derapan kaki-kakinya memecah kesunyian sekaligus mengejutkan penduduk Samarkand yang masih nyenyak tidur. Pedang-pedang dan tombak terhunus dalam tempik yang menggerunkan, " Allahu Akbar, Allahu Akbar"

Rabu, 04 Desember 2013

Karangan budak umur tujuh tahun.

Masuk bulan Disember, bermakna 'bulan sakit' bagi mana-mana taska.Macam sakitnya musim tengkujuh ni. Kenapa?

Sebab ramai parents yang cutikan anak sementara pada bulan Disember, ada yang hantar anak balik kampung, ada yang mak atau mak mentua datang untuk jaga cucu atau yang ada anak yang lebih besar, maka kena bertanggungjawab jaga adik-adik masa cuti macam ni. Apa nak buat..

Tapi legalah juga

Senin, 02 Desember 2013

SIAPA ENGKAU....

SIAPA SEBENARNYA DIRI KITA? Apa tujuan kita dihidupkan dan ke mana akhirnya hidup kita ini? Persoalan yang wajib kita fikirkan, kita jawab supaya ia menjadi garis panduan dan sempadan dalam kita menjalani kehidupan ini.


Aku, anda dan semuanya yang hidup di atas muka bumi ini adalah bergelar sang HAMBA, hamba Allah. Mampukah kita nafikan, sehebat mana pun kita, berjaya, ternama, kaya raya,

Majlis Ihtifal tadika/KAFA Nur Muhammad Putra Jaya








Adik-adik 4 Tahun




Mohd Harith Shah- moga menjadi anak yang soleh dunia dan Akhirat yang membahgiakan kedua ibu bapa.




Nur Adriana Balqis- mudah-mudahan jadi makin berani ke depan yea...







Yusrina Aqilah.Cuma sebahagian yang diupload kat sini. Gambar persembahan semua dalam bentuk video, tak reti lagi nak upload , hmmmm..sedih kan...dah belajar, tapi belum dapat buat lagi..Apa

Minggu, 01 Desember 2013

PERKAHWINAN LAMBANG KASIH SAYANG.


Perkahwinan asalah lambang kasih sayang

Kalau bukan cinta-mencintai

Tidak akan jadi suami isteri

Rupanya asas rumah tangga adalah berpunca

dari kasih sayang

dan cinta-mencintai



Setelah berkahwin dikurniakan cahaya mata

Makin lama berkahwin makin ramai anak-anak

penghibur hati

Cahaya mata ertinya hiburan bagi ibu bapa

Hiburan ertinya kebahagiaan

dan penyejuk hati dua ibu bapa