Sabtu, 31 Agustus 2013

Sambutan Syawal Merdeka di Tadika Nur Muhammad Putra Jaya





Danial, Hakimi, Zarul seriusnya makan, lapar sangat ye..




Tiga dara.. Maisarah, Safiyya, Yusrina







Hidangan sihat.. 






Antara hidangan lain






Hai, tak habis lagi makan, baca doa tak ni?







Yang kecik-kecik ni, anak-anak tadika, anak murid saya juga, tudung dah melayang ke mana tu?









Jamuan raya setahun sekalikan? Ha.. nak makan puas-puas, mengadap rezeki tu jangan

Contohilah kesabarannya.

Dalam kesibukan orang ramai yang sedang bertawaf, terdapat seorang wanita yang tidak berhenti-henti tawaf mengelilingi kaabah.
Dia tunduk dan berjalan perlahan-lahan, wajahnya tenang sambil mulutnya tidak henti-henti berzikir pada Allah. Di celah-celah kesibukan itu rupanya ada seorang lelaki memerhatikan keadaan wanita itu. Kerana kagum dengan sikapnya, lelaki tersebut memberanikan diri untuk

Jumat, 30 Agustus 2013

merdeka hakiki

Ashabul kahfi itu
Merdeka jiwanya
Merdeka 
Bebas jiwanya melaksana
Syariat Tuhannya
Zahirnya
terpaksa bersembunyi
di gua sepi

tapi aku...
bebas melaksana syariat Tuhanku
tapi jiwaku..
masih terbelenggu dengan kejahatan nafsu
yang menipu, halus, tersembunyi..
Tuhan..
Entah bila merdeka hakiki itu
jadi milikku...
Bantu aku dalam mujahadahku
agar manisnya iman taqwa mengisi jiwa
tanpa diganggu

Kamis, 29 Agustus 2013

Hikmah di sebalik peristiwa

Setiap peristiwa yang berlaku di atas muka bumi ini ada hikmah atau rahsianya tersendiri. Kebanyakan orang hanya melihat pada peristiwa lahir semata-mata, pada mereka apa yang berlaku di hadapan mata itulah hakikatnya. Tetapi bagi orang yang mahu berfikir ia akan cuba mencungkil rahsia atau hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku. Kenapa, mengapa, apa yang tersirat di sebaliknya.

Mari

sangat benar kata-katanya..

" Tiada gunanya berteman dengan manusia tidak berpendirian, ke mana angin bertiup ke sanalah condongnya. Dia pemurah apabila anda tidak memerlukan hartanya, tetapi dia bakhil ketika anda jatuh miskin dan papa. Alangkag banyak kawan ketika anda menghitung-hitungnya, tetapi alangkah sedikit mereka ketika bencana menimpa."

                                           " Saidina Ali Karramallahu Wajhah

Saidina Abu Bakar...

Sebelum menjadi khalifah diriwayatkan bahawa Saidina Abu Bakar As Siddiq ra selalu menolong seorang wanita tua yang menjadi jirannya. Setiap pagi beliau akan menolong memberi makan unta-unta kepunyaan jirannya itu serta memerah susunya. Setelah beliau diangkat menjadi khalifah  jirannya itu susah hati memikirkan siapakah yang akan menolongnya. Ia menyangka tentulah Saidina Abu Bakar tidak sempat

Rabu, 28 Agustus 2013

DATARAN MERDEKA.... ( sempena malam ambang Merdeka )

Assalamualaikum,

Telah Allah jadikan kegelapan malam untuk hambaNya melahirkan rasa hati. Merayu, mengadu, menyerahkan cinta untuk Allah SWT. Telah Allah jadikan kemudahan hidup untuk manusia yang berakal. Namun mengapa manusia sendiri mengabaikannya? 

Untuk pengujung DATARAN MERDEKA...
Tidakkah kamu terfikir bahawa alam menjadi saksi atas perbuatan kamu, sekalipun malam hitam pekat menyelimuti