Jumat, 29 November 2013

Makan Angin pun boleh jadi ibadah....

Rasanya cuti sekolah panjang camni dah ramai yang plan nak makan angin..melancong tak kira lah ke mana..semoga dengan adanya perubahan suasana dapat juga merehatkan otak setelah seharian membuat kerja rumah atau pejabat. Anak-anak pun tentu seronok, sesekali dapat menziarahi tempat-tempat bersejarah, atau pantai peranginan indah melihat ciptaanNya yang berbagai atau di mana saja tempat menarik

Rabu, 27 November 2013

Dimandikan Malaikat

Salah seorang sahabat juga jurutulis kepada Rasulullah SAW yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru saja diakadnikahkan. Oleh itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah caranya Rasulullah meraikan sahabat banginda.

Namun apabila Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau terdengar gendang perang dibunyikan begitu

Selasa, 26 November 2013

BUAT ROZITA CHE WAN DAN ZAIN SAIDIN

HAKIKAT PERKAHWINAN: MENCARI REDHA DAN AMPUNAN TUHAN

 Keinginan untuk mempunyai pasangan hidup adalah fitrah semulajadi setiap manusia. Fitrah ini telah wujud bersama terciptanya manusia yang pertama iaitu Nabi Allah Adam di dalam syurga. Kerana kesunyiaan, Baginda telah berdoa kepada Tuhan memohon seorang teman sebagai penghibur dari kesunyian. Maka erciptalah Siti hawa.

Fitrah yang lahir

Sabtu, 23 November 2013



Seniman Agung P. Ramlee



Syeikh Abdullah Fahim.Tiap-tiap penonton ketawa terkekeh-kekeh dan rasa puas apabila mereka menonton lakunan seniman agung P, Ramlee.Tetapi tiada seorang pun yang mengetahui yang seniman itu mengalami 'derita jiwa' sebelum meninggal dunia." I banyak dosa, I derita, I harap I sempat taubat sebelum I mati...." kata Allahyarham P. Ramlee kepada saya kira-kira tujuh bulan

BAHASA HATI

" Aku tidak dapat tidur di waktu siang, takut urusan rakyat tidak selesai. Aku tidak dapat tidur di malam hari, takut urusanku dengan Tuhan tidak selesai."

Saidina Umar Al Khattab RA, apabila ditanya kenapa beliau kurang tidur sejak menjadi khalifah.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jumat, 22 November 2013

Imam Malik- "Aku rasa malu menunggang kuda ini..."

Sedari kecil dia berusaha sendiri mencari rezeki. Dia bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang berada. Pernah dia menjual kayu bumbung rumahnya yang gugur bagi memenuhi keperluan hidupnya.

Ujian kesulitan dan kesempitan hidup itu merupakan didikan lansung dari Allah dalam membentuk peribadinya yang mulia. Walaupun hidup susah, dia tidak pernah mengeluh apalagi meminta-minta. Baginya cukuplah

Kamis, 21 November 2013

LEMAK BADANNYA PADAMKAN API

Pada zaman Rasulullah SAW hidup seorang hamba abdi bernama Khabab. Kerana Khabab mengikut seruan Rasulullah sejak awal kedatangan Islam lagi, maka penderitaan yang ditanggungnya juga agak lama.  

Pernah Khabab dipaksa tuannya memakai baju besi. Lalu disuruh berbaring di atas padang pasir. Mengelupas seluruh kulitnya kerana sengatan terik mentari.

Bukan itu saja penderitaan yang terpaksa

Selasa, 19 November 2013


Cuti Sekolah Sudah Bermula - Banyaknya Kenduri Kahwin Dan Cepatnya Mereka bercerai!!







Sekarang sudah mula cuti sekolah. Maka bermulalah pesta kenduri kawin di seluruh negara. Seolah-olah satu perlumbaan atau 'musabaqah' bilamana ada ibubapa berhempas pulas memastikan perkahwinan anak mereka dipuji orang. Apatah lagi kalau dapat disiarkan dalam akhbar atau media elektronik. Paling tdak

Agak sibuk....


Jika engkau tidak sanggup menahan kesusahan

yang sedikit dan sementara

kerana meninggalkan kelazatan duniamu

dan berlalai-lalai dengan maksiat

Apakah engkau sanggup menanggung

kesusahan yang berkekalan di Akhirat nanti?







* untuk tempoh dua minggu ni ( sehingga 30 novembar ) saya agak sibuk dengan latihan persembahan akhir tahun para pelajar KAFA dan tadika saya, jadi jengah blog pun

Senin, 18 November 2013

TANDA HATI MATI..

Jika seseorang melihat orang yang susah
Mungkin sakit atau miskin dan papa
Hati tidak tersentuh, jiwa tidak simpati
Menunjukkan jiwa orang itu telah buta.

Kalau melihat orang yang mendapat bala
Jiwanya tidak menderita, Melihat biasa saja
Tidak terasa apa-apa pada jiwa
Menunjukkan peri kemanusiaannya sudah punah

Sekiranya melihat gunung, laut, pemandangan yang indah
Hanya terpesona pada mata

Minggu, 17 November 2013

Si Kaya yang menjadi bank kepada masyarakat.

Ummul Mukminin Aisyah ra berkata bahawa dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda," Ku lihat Abdul Rahman bin Auf masuk syurga dengan merangkak,"

Sebahagian sahabat menyampaikan cerita Aisyah itu kepada Abdul Rahman, lalu dia pun menemui Aisyah dan berkata, " Engkau telah memperingatkan aku suatu hadis yang tak pernah kulupa akannya. Dengan ini saksikanlah bahawa seluruh kafilah ini dengan

Sabtu, 16 November 2013

ANTARA SEBAB JIWA TIDAK TENANG..

Antara sebab mengapa jiwa tidak tenang:

1.  Banyak menzalimi orang.
2.  Banyak membuat dosa.
3.  Menghina dan menzalimi ibu bapa.
4.  Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan akhirat.
5.  Tidak percaya wujudnya Allah Taala. ( lihatlah mereka-mereka yang tidak beriman kepada Allah, bukankah mereka itu cuba mencari ketenangan jiwa dengan berbagai cara yang tidak

Jumat, 15 November 2013

ALLAH bersama hati hamba yang hancur luluh (2)

Suara yang membisik di hati wanita tersebut telah membuatkan dia membatalkan niat jahat dan bodoh itu. Hampir saja dia putus asa denga Tuhan dan ini bermakna neraka padahnya. Wanita itu menangis teresak-sak bila mengenangkan dirinya hampir terpedaya dengan tipuan syaitan. Alhamdulillah kerana suara yang membisik ke dalam hatinya tadi telah dapat menyelamatkannya. Tidak silap ia datang dari ilmu

Kamis, 14 November 2013

Allah bersama hati hamba yang hancur luluh..

Ada seorang wanita pernah ditimpa ujian yang besar dan berat di dalam hidupnya. Semasa dua tahun usia perkahwinananya, wanita tersebut telah difitnah berlaku curang semasa suaminya out station. Berita kecurangannya telah tersebar dengan luas sampai kepada pengetahuan suami yang sedang menjalankan tugas. Dengan perasaan yang marah dan jiwa yang kusut suaminya pulang untuk mendapatkan kepastian.

Mana lebih susah (2)

Setuju tak jika saya katakan bahawa banyak urusan /kerja akhirat sebenarnya senang dan mudah untuk kita lakukan, tetapi untuk melakukannya kita perlu bermujahadah, mudah jemu, terasa payah, rasa susah, rasa terbeban, rasa terhina terasa malu dan berbagai rasa lagi yang amat membebankan hati kita...

Tetapi untuk urusan dunia sebenarnya banyak yang sukar dan terlebih susah, tetapi manusia sanggup

Senin, 11 November 2013

Hanya sekeping bata lagi...




Terbaca kisah seorang sahabat tatkala azan berkumandang memenuhi ruang angkasa, lantas diberhentikan kerjanya  cuma tinggal sekeping bata sahaja lagi. Lantas seorang sahabat lain bertanya, "Mengapa tidak kau siapkan kerjamu , bukankah kita kita masih sempat berjemaah?". Dijawab oleh sahabat tadi, "Aku bimbang sekiranya ku siapkan sedangkan seruanNya telah berkumandang, aku lebih membesarkan

Minggu, 10 November 2013

Dah tak se'best' dulu

Hari ni kami sekeluarga akan bertolak ke Kuala Terengganu, mungkin dalam pukul 9.30 pm camtu, sedang bersiap apa yang patut, sempat jugala update..

Balik kampung ( kuala Hiliran, cabang Tiga, Kuala Terengganu..terkenal dengan keropok losong tu ) dah tak mendatangkan kegembiraan macam dulu. Kalau dulu masa Ma masih ada, rasanya setiap kali cuti sekolah aku yang lebih merengek mengalahkan

Sabtu, 09 November 2013

YANG DIJAMIN PASTIKAN TIBA

Bererapa orang dari satu kafilah yang tersesat jalan menjumpai sebuah gua. Mereka masuk kedalamnya untuk mencari teduh dari teriknya mentari. Tiba-tiba mereka mendapati Imam Az Zahidi berada di dalamnya. Mereka terus menegurnya tapi tiada jawaban. 

   " Mungkin dia kedinginan sehingga tidak boleh berbicara." Sangka mereka. Lalu mereka menyalakan unggun api bagi memanaskan badannya. Lalu mereka

DI SEBALIK ASINNYA AIR LAUT.....

5/7 daripada bumi ini diliputi oleh air dengan rasanya yang asin. Setiap waktu berjuta-juta kotoran dari sungai dimuntahkan ke perut laut. Sekiranya air laut tidak masin, segala kotoran itu akan mengeluarlkan bau yang amat busuk, bukan saja menjejaskan kesihatan malah seluruh kehidupan di bumi turut terjejas.

Renungkanlah kebesaran Allah ini, dengan air asin itu Allah telah melindungi segala

Jumat, 08 November 2013

10 muharram dalam sejarah

Hari ni baru 5 Muharram, tapi dah jumpa artikel pasal 10 Muharram ni, apa salahnya terus update kan?

Antara peristiwa penting yang berlaku pada 10 Muharram:

1. Arasy, kursy dan syurga dicipta

2.  Langit, matahari, bulan, bintang dan bumi dicipta.

3.  Nabi Adam dicipta daripada tanah.

4.  Nabi Adam dimasukkan ke syurga.

5.  Taubat Nabi Adam diterima Allah SWT.

6.  Bahtera Nabi Nuh mendarat

Kamis, 07 November 2013

Tiada istimewanya aku...

Pagi ini aku merenung-renung ke dalam diriku, mencari-cari kelebihan apakah, keistimewaan apakah, kehebatan apakah yang aku miliki, sehingga kadang-kadang aku lupa, lalai, terasa megah walaupun perasaan-perasaan itu tidak sampai zahir keluar. Setelah jauh ku telusuri, aku sedar tiada apa yang istimewanya, semuanya yang zahir di jasad kasarku ini kotor, jijik atau paling tidak menjengkelkan... 

1

Renunglah selalu hati kita.





Renunglah selalu hati kita
Kerana ia merupakan sumber kebaikan
dan kejahatan
Wadah kekufuran dan keimanan
Rebutan di antara malaikat dan syaitan
Hati perasaannya halus
Sentuhannya tiada terasa
Tapi sangat memberi kesan
di dalam kehidupan kita
Siapa yang arif perjalanan hatinya
Faham kebaikan dan kejahatannya
Bersungguh-sungguh bermujahadah
membuang kejahatannya
Diganti dengan kebaikan
Orang

Selasa, 05 November 2013

APABILA MENINGGALKAN SEMBAHYANG.

Sembahyang adalah ibu segala ibadah. Cara ibadah yang paling lengkap untuk hambaNya merasakan rasa bertuhan dan agar hamba-hambaNya dapat melahirkan sifat-sifat kehambaan, masa pembaharuan iman dan ikrar kepada Tuhan. Oleh yang demikian, apabila seseorang hamba itu tidak mengerjakan atau meninggalkan sembahyang maka mereka boleh dianggap sebagai berikut:

1.  Dia telah melakukan sombong yang

Senin, 04 November 2013

Saya Nak Topap Free by AzizSafian.com





Saya belum pernah join mana-mana segmen setakat ini. Jadi blogger pun baru nak masuk 5 bulan. Terbuka hati nak join bila adik (blogger santri) ajak join sekali. So... apa salahnya. Insya-Allah adalah manfaatnya kan.

Menang atau kalah tak jadi soal.. tapi kalau menang Alhamdulillah. Moga-moga dengan join segmen ni, dapat menambah rakan ukhwah baru. Terima kasih kepada blogger Aziz Safian

Bila nak berhijrah ni....?

Selepas 40 tahun... hati tidak kenal Allah, tidak kenal akhirat, Islam, Iman...tentu payah hendak menjadikannya sebuah keyakinan. Umpama anak yang tidak tahu siapa ibunya, tiba-tiba datang seseorang mengaku dia ibunya, tentu payah untuk menanam kasih-sayang dan kecintaan kepada ibunya, walaupun dia yakin itulah ibunya...sebab kasih-sayang sudah diberi kepada ibu angkat.

Begitulah payahnya, orang

Minggu, 03 November 2013

MADAH tentang senyum

Bersedekah dengan senyum lebih baik
daripada bersedekah dengan harta

kerana bersedekah dengan senyum

manusia tidak merasa terhutang budi

dan tidak rasa terhina.



Saya ada baca satu artikel, tapi tak ingat kat mana..nak latih senyum..ha..ingat senang nak senyum kat orang..terutama nak tunjukkan senyum ikhlas dari hati..



Macam ni..amalkan selama 40 hari bangun je dari tidur terus senyum..

Sabtu, 02 November 2013

Tak kaya-kaya.....

Kami tergolong keluarga sederhana sahaja, tapi cukuplah makan pakai, belanja anak semua..cuma taklah mewah cam orang lain. Hidup di tengah kota raya dengan kos sara hidup yang makin tinggi kadang-kadang menyesakkan nafas juga.

Dulu-dulu masa muda ( sekarang dah tua, hu hu..tapi amalan dok tang tu juga ) aku ghairah juga cuba nak kaya. Sepuluh tahun timba pengalaman kerja dengan orang, aku cuba

IMAM HAMBAL-300 RAKAAT SEMBAHYANG

kita sambung lagi kisah Imam Hambal yea..

Sememangnya Imam Hambal memiliki rasa cinta yang mendalam terhadap golongan fakir dan miskin. Walaupun masyarakat menyanjung dan mengagungkannya, namun Imam Hambal tetap merendah diri di hadapan fakir miskin. Seorang muridnya berkata, " Aku tidak pernah melihat fakir miskin merasa mulia kecuali di majlis Imam Hambal."

Imam Hambal amat teliti dalam

Jumat, 01 November 2013

5 PERBANDINGAN

Saidina Umar Al Khattab ra berkata:


*. Aku telah lihat berbagai jenis perisai, tetapi tidak ada satu pun yang sekukuh perisai lidah.



* Aku telah lihat semua jenis pakaian, tetapi tidak ada satu pun yang seindah pakaian wara'



* Aku telah lihat semua jenis kekayaan, tetapi tidak ada satu pun yang setanding dengan kekayaan hati.



* Aku telah lihat semua jenis kebajikan, tetapi tidak ada