Selasa, 31 Desember 2013

Saya jarang pasang azam tahun baru....

Salam Tahun Baru 2014...

Apa yang saya nak cakap pasal tahun baru ni yek? Hmmmmmm...

Tapi saya tak bohong pasal tajuk entri kat atas tu, betul..entahlah, tak tahu nak pasang azam apa, pada saya nak berazam tak payah tunggu tahun baru. Sebab apa tau, azam  saya bila mula kesedaran...saya berusaha untuk mendapatkan rasa kehambaan dan rindukan Rasulullah, sebab tu saya kata tak tunggu tahun baru,

Sabtu, 28 Desember 2013

Kat Dungun (otw ke Key Tee )




Sedar tak sedar dah nak bukak sekolah semula, dah habis cuti sekolah sebulan lebih, dah nak masuk tahun baru 2014, dah meningkat umur setahun lagi ( amalan dok tangtu jugak, hu hu ), Ya Allah...cepatnya masa berjalankan, rasa baru semalam kami balik ke Key tee ambil kakak yang bercuti sekolah, hari ni dah nak hantar semula ke asrama...

Esok 29/12/2014...genap dua tahun arwah mak meninggal, Ma

Jumat, 27 Desember 2013

Kisah isteri yang solehah.

Seorang lelaki bangsawan daripada Bani Israil telah keluar meninggalkan isterinya untuk satu perjalanan ( pengembaraan ) yang jauh. Isterinya yang bernama Aruh bukan saja cantik, tetapi bijak dan setia kepada suaminya serta taat kepada Allah SWT.

Sebelum meninggalkan rumah lelaki bangsawan itu telahh berwasiat kepada adik lelakinya supaya menjaga dan mengambil tahu hal isteri dan rumahnya. Pada

Kamis, 26 Desember 2013

IMAM SYAFIE-Ujian demi ujian

Maaflah teman-teman, baru dapat sambung semula kisah Imam Syafie ni, takdelah sibuk mana pun, tapi saya layan MASTIKA dan satu buku lain, yang saya rasa tak boleh berhenti membacanya, banyak ceritanya yang nanti saya nak kongsikan, InsyaAllah...

Rasa rindu untuk bertemu dengan Imam Malik mendorong Imam Syafie kembali ke Madinah. Sebaik saja sampai di Madinah beliau terus ke masjid Nabawi.

Jadilah...nak merasa kedinginan salji..

Hari Isnin lepas, 23hb Disembar 2013, saya bawa anak tadika dan KAFA saya ke Taman Botani Negara Shah Alam, yang terkenal dengan rumah 4 musim tu, tapi cuma meninjau dari cermin luar sahaja. Seronok sangat bebudak ni, tapi terkilan sikit sebab tak dapat pegang salji...jom layan gambar




Seronoknya..Alhamdulillah




Terkilan tak dapat pegang salji....




Rasa macam taknak keluar..tapi ada

Senin, 23 Desember 2013

IMAM SYAFIE-MUJADDID KURUN KE II

Membelek MASTIKA terbaru Disember 2013, membuatkan perut saya memulas-mulas, kepala saya berpusing-pusing sebab apa tau..aduhhhh...Nauzubillahiminzalik..tak tau siapa nak dipersalahkan, kalau tuding satu jari kat orang, 3 jari lagi menuding ke diri sendiri...macamana ye, sedih, sayu, pilu, sebak melihat gejala kejatuhan moral dan akhlak remaja seawal umur 13 tahun..berani, tak ada rasa malu muat

Sabtu, 21 Desember 2013

Rambutan basi, rambutan terbakar....

Sekarang ni musim buah rambutan. Sepanjang jalan balik kerja ( ikut jalan kampung ) boleh kata ada je pokok rambutan dengan buahnya yang sedang masak ranum mengancam jiwa raga. Sayangnya buah-buah tu terbiar rontok di pokok, kalaulah tuannya tu nak buat amal jariah, petik rambutan tu letak tepi jalan dan tahan setiap kereta yang lalu, bagi sedekah rambutan tu, kan bagus...taklah membazir, ataupun

Jumat, 20 Desember 2013

I-Phone 5 Epal, Ko Hado ? | THE OTHER SIDE OF KESUMA ANGSANA

I-Phone 5 Epal, Ko Hado ? salam kenal, salam ukhwah, seronok baca cerita-cerita di sini| THE OTHER SIDE OF KESUMA ANGSANA

Kamis, 19 Desember 2013

Kisah sedih seorang remaja- Untukmu Ibu

Kisah sedih .....sediakan tisu buat mengesat air mata bagi mereka yang berjiwa halus. Semoga ianya menginsafkan semua pihak yang tidak memahami jiwa remaja yang dilihat bermasalah. Sedarlah bahawa ada remaja yang ingin melakukan perubahan. Mereka juga ingin disanjungi dan diberi kesempatan membuktikan mereka adalah manusia yang boleh memberi manfaat kepada orang lain terutama ibubapa dan keluarga

MENDAPAT PERTOLONGAN ANAK KAMBING KURUS

Seorang lelaki Arab yang terkenal sebagai seorang kaya dan banyak menternak kambing telah bermimpi. Dalam mimpnya itu, dia telah diselamatkan oleh seekor anak kambing yang kurus daripada diserang oleh beberapa ekor kambing jantannya. Anak kambing kurus itu mengawal lelaki Arab itu dengan cara berpusing-pusing mengelilinginya dan berjaya menahan serangan kambing-kambing jantan yang garangdan jauh

susahkan nak ikhlas ni.....

" Ambillah, saya ikhlas ni,"

atau...

" Saya tolong dia dengan ikhlas, aik..alih-alih dia buat saya cam musuh pulak,"

atau.." Saya hendak tolong awak ni dengan ikhlas tau, tapi sedih tau..awak tak nak,"

Ataupun dalam surat..selalu ada penutup camni.." Saya yang ikhlas" ( Eh..sekarang orang dah tak main surat-surat ni, semua whats ap,whats ap je..dulu la orang selalu tutup surat camni, saya pun

Rabu, 18 Desember 2013

SAYANGKAN MAKHLUK DISAYANGI KHALIQ

Pada suatu hari, seorang hamba Allah dalam satu perjalanannya  telah melihat seorang kanak-kanak sedang memegang seekor burung.Hamba Allah itu berhenti melihat dan bermain-main  dengan burung itu. Ketika itu juga timbul rasa sayang dan kasihan di hatinya kepada burung itu, lalu dibelinya burung itu.

Tujuan dia membeli burung itu adalah semata-mata untuk membebaskannya. Dengan niatnya itu, maka

Senin, 16 Desember 2013

kisah benar- penyesalan seorang isteri


Suamiku kini telah tiada tetapi penyesalanku akan terus mengharu jiwaku, Ini adalah kisah benar di dalam hidupku. Seorang suami yang kucintai, kini telah tiada. Begitu besar pengorbanan suamiku pada keluargaku. Begitu tulus kasih sayangnya untukku dan anak-anakku. Suamiku adalah seorang yang bekerja keras. Dia bersungguh-sungguh berusaha membina kehidupan yang sebaiknya untuk kami sekeluarga.

Apakah Esok Masih Ada Senyum?


Sebaik-baik manusia

yang berfikiran waras

dia mengingati umurnya

kian hari kian susut

dan singkat

Dan suratan amalannya

kian hari kian bertambah



Terima kasih yang tidak terhingga buat teman-teman ukhwah yang baru nyanyisunyi, MP dari http://mulutpayau.blogspot.com/, rohaya dari Blogger (Blogspot) - bedungcomel dan khamsi Abdullah  ( maafla, saya tak jumpa link saudara )

Syiah sesat.

Artikel ini saya ambil dari majalah MASTIKA keluaran oktober 2013. Saya tertarik untuk sama-sama mengetengahkan isu ini kerana rasa tanggungjawab terhadap kesejahteraan agama kita yang semakin hari semakin banyak dicerobohi. Moga nanti jika di hadapan Khadi Rabbul Jalil jika ditanya apa usaha kamu demi mempertahankan kesucian Islam, saya ada jawabannya..

ASSALAMUALAIKUM WBT. PENGARANG MASTIKA

Minggu, 15 Desember 2013

Sukan?...Sori, tak minat

Entahla..sejak zaman sekolah rendah sampaila menjejak kaki ke sekolah menengah tak pernah join acara sukan,eh..sori, ada juga..sukaneka masa darjah satu..bawa bola dalam sudu, masuk air dalam botol, pastu..tak pernah masuk lagi apa-apa acara pun. Serius? Ya.. Netball ke? Tak..tak pandai pun..

Rasulullah pun suka bersukan..sukan Rasulullah seperti renang, memanah, berkuda...

Jangan bandingkan

Sabtu, 14 Desember 2013

Indahnya syahid





Ini adalah foto saudara2 kita yang gugur sebagai Syahid..

SubhanALLAH : Lihat lah senyum indah di bibir mereka,sebagai pertanda mereka telah di perlihatkan Syurga..

Orang2 yang rela mengorbankan nyawa demi membela Islam adalah orang2 yang PEMBERANI..

Bukan orang2 MUNAFIK yang bisa nya cuma ngambil keuntungan dari Islam..

ISTIQOMAH...BERATNYA...

Istiqomah...apa pekerjaan pun sebenarnya nak istiqomah. Ada riwayat, tak pasti hadis atau kata-kata para wali, " Satu pekerjaan yang istiqomah, lebih baik dari seribu karomah wali-wali Allah." Ada riwayat lain mengatakan, " Jangan rebutkan darjat kewalian tetapi rebutkan istiqomah."

Sabda Nabi SAW bermaksud, " Amalan yang disukai Allah yang berterusan walaupun sedikit." Amalan biarpun sedikit

Jumat, 13 Desember 2013

Soalan Jibril kepada kerbau, kelawar dan cacing

Cerita ni saya dapat dari perkongsian rakan BB, saya tak tanya pulak dari mana sumbernya. Tapi yang penting cerita ini ada pengajaran untuk kita bersama....dan bakal jadi cerita petang untuk anak-anak KAFA saya..


Pada suatu hari Allah memerintahkan malaikat Jibril menemui seekor kerbau dan meminta dia bertanya satu soalan kepada kerbau itu. Malaikat Jibril segera pergi mematuhi perintah itu.


Kamis, 12 Desember 2013

SAJAK ABUYA-ENGKAU JAGA SANGAT JASAD LAHIR

Engkau jaga sangat jasad lahir engkau
Engkau jaga dan belai muka engkau
agar licin dan cantik
Engkau gunakan berbagai jenis krim dan losyen
untuk menjaga kulit badan
Agar kulit sentiasalicin dan tegang
Engkau makan berbagai-bagai makanan awet muda
Untuk menjaga keteguhan dan kesihatan badan engkau

Semua yang engkau jaga itu adalah nilai dunia
kerana badan lahir ini
bukan ada perasaan mengenal

14/12/2013...SELAMAT ULANG TAHUN MA..

Hari ni Jumaat..14/12/2013..jika Ma masih ada Ma akan sambut hari lahir yang ke 72. Cepatnya masa berlalu, sudah dua tahun kita terpisah yang hakiki, Ma tinggalkan Gie dalam rindu sepi yang tak bertepi...

Ma, izinkan Gie ucapkan Selamat menyambut hari lahir yang ke 72..Alangkah janggalnya..masa Ma masih ada Gie jarang ingat tarikh ini, kalau teringat pun kadang-kadang bila dah masuk seminggu..

Rabu, 11 Desember 2013

MENCUNGKIL HIKMAH DAN TAQDIRNYA


Sering orang yang ditimpa kesusahan

Menyangka dan merasakan Allah tidak adil padanya

Sedangkan itulah keadilan Allah buatnya

kerana maksud Allah mendatangkan ujian itu

adalah untuk menghapuskan dosanya

juga sebagai peringatan

dan peningkatan darjatnya di sisi Allah

jika dia bersabar.



Peringatan buat diriku yang selalu terlupa.

Luahan Mangsa Banjir


Ada yang mengambil kesempatan. Diwaktu orang menempuh kesulitan, diwaktu keadaan sangat genting dan sulit, ada ramai manusia yang akan tampil mengambil kesempatan. Nampak awalnya seperti bersimpati, bersusah payah mahu menolong tetapi rupanya itulah ruang bisnes yang direbut. Kesulitan orang lain dijadikan ruang memberi 'harga' kepada setiap bantuan yang diberi.



Dalam orang lain sibuk

Selasa, 10 Desember 2013

MUNGKINKAH....

BANJIR DI KUANTAN..Mungkinkah kerana kemurkaan Allah terhadap agenda membina '1 Malaysia Spiritual Tourisme'  di atas tanah seluas 500 ekar milik kerajaan Negeri yang katanya akan menempatkan rumah ibadat terbesar agama Budha, Tao, Hindu, Sikh,, Conficius, Kristian, Sai Baba dan I Tao Kuan?

Akan didirikan piramid terbesar di dunia dan dibina patung Kuan Yin di atasnya. Di samping itu pusat

Senin, 09 Desember 2013

Manusia "Jin" Jalan Atas Air.

" Dan kami turunkan dari langit air yang banyak manfaatnya. Lalu kami tumbuhkan dari air itu pohon dan biji tanaman yang diketam, dan pohon kurma yang tinggi-tinggi yang mempunyai mayang bersusun untuk menjadi rezeki bagi hamba-hamba ( kami ). Dan kami hidupkan dengan air itu tanah yang mati ( kering ) seperti itulah terjadinya kebangkitan."      - Al Qaaf: 9-11.

Kuasa air banyak membantu

Minggu, 08 Desember 2013

JIKA KITA MISKIN....

Kemiskinan bukan satu masalah ataupun kehinaan. Oleh itu jika kita ditakdirkan hidup miskin, maka bersyukurlah kerana terpilih untuk mengikuti cara hidup nabi. Ia juga merupakan satu darja yang mulia yang direbut oleh Nabi dan para sahabat. Hidup miskin dikejar kerana...

1.  Beruntung kerana tidak perlu mentadbir harta kekayaan dan wang ringgit yang mana kita berkemungkinan tidak dapat berlaku

Sabtu, 07 Desember 2013

SAFAR- BUKAN BULAN BALA.

SAFAR- adalah nama bulan kedua bagi tahun Hijrah. Erti Safar itu 'kosong'. Kita orang melayu selalu sebut sifar ( kosong ). Bulan ini dinamakan Safar kerana pada bulan tersebut kerana orang-orang Arab Jahiliah sering melakukan serangan terhadap sesuatu puak yang memusuhinya, sehingga kampung halaman mereka kosong tanpa penghuni.

Oleh kerana pada bulan ini selalu berlaku peperangan dan

Jumat, 06 Desember 2013

Mengapa Engkau 'Mendera' Kami.....?

Al- Qahhar..lambang sifat Maha Keras dan simbol didikanNya.

Apabila Allah datangkan bala bencana, manusia tidak mampu menangkisnya, meskipun pada mereka ada teknologi yang amat canggih, Tsunami yang melanda Jepun tahun lalu ( maaf jika silap tahun ), meragut ribuan nyawa dan memusnahkan harta benda yang tidak ternilai. Letupan gunung berapi, banjir, ribut taufan dan lain-lain, tiada siapa yang

Kamis, 05 Desember 2013

Derap Kaki Kuda Waktu Dinihari..

PADA KEHENINGAN SUBUH YANG BERSEJARAH kira-kira 1300 tahun yang lalu,sebelum mentari memancarkan sinarnya di kota Samarkand, suasana tiba-tiba berkocak. Rengkekan kuda kedengaran bertalu-talu. Derapan kaki-kakinya memecah kesunyian sekaligus mengejutkan penduduk Samarkand yang masih nyenyak tidur. Pedang-pedang dan tombak terhunus dalam tempik yang menggerunkan, " Allahu Akbar, Allahu Akbar"

Rabu, 04 Desember 2013

Karangan budak umur tujuh tahun.

Masuk bulan Disember, bermakna 'bulan sakit' bagi mana-mana taska.Macam sakitnya musim tengkujuh ni. Kenapa?

Sebab ramai parents yang cutikan anak sementara pada bulan Disember, ada yang hantar anak balik kampung, ada yang mak atau mak mentua datang untuk jaga cucu atau yang ada anak yang lebih besar, maka kena bertanggungjawab jaga adik-adik masa cuti macam ni. Apa nak buat..

Tapi legalah juga

Senin, 02 Desember 2013

SIAPA ENGKAU....

SIAPA SEBENARNYA DIRI KITA? Apa tujuan kita dihidupkan dan ke mana akhirnya hidup kita ini? Persoalan yang wajib kita fikirkan, kita jawab supaya ia menjadi garis panduan dan sempadan dalam kita menjalani kehidupan ini.


Aku, anda dan semuanya yang hidup di atas muka bumi ini adalah bergelar sang HAMBA, hamba Allah. Mampukah kita nafikan, sehebat mana pun kita, berjaya, ternama, kaya raya,

Majlis Ihtifal tadika/KAFA Nur Muhammad Putra Jaya








Adik-adik 4 Tahun




Mohd Harith Shah- moga menjadi anak yang soleh dunia dan Akhirat yang membahgiakan kedua ibu bapa.




Nur Adriana Balqis- mudah-mudahan jadi makin berani ke depan yea...







Yusrina Aqilah.Cuma sebahagian yang diupload kat sini. Gambar persembahan semua dalam bentuk video, tak reti lagi nak upload , hmmmm..sedih kan...dah belajar, tapi belum dapat buat lagi..Apa

Minggu, 01 Desember 2013

PERKAHWINAN LAMBANG KASIH SAYANG.


Perkahwinan asalah lambang kasih sayang

Kalau bukan cinta-mencintai

Tidak akan jadi suami isteri

Rupanya asas rumah tangga adalah berpunca

dari kasih sayang

dan cinta-mencintai



Setelah berkahwin dikurniakan cahaya mata

Makin lama berkahwin makin ramai anak-anak

penghibur hati

Cahaya mata ertinya hiburan bagi ibu bapa

Hiburan ertinya kebahagiaan

dan penyejuk hati dua ibu bapa