Sabtu, 31 Agustus 2013

Sambutan Syawal Merdeka di Tadika Nur Muhammad Putra Jaya





Danial, Hakimi, Zarul seriusnya makan, lapar sangat ye..




Tiga dara.. Maisarah, Safiyya, Yusrina







Hidangan sihat.. 






Antara hidangan lain






Hai, tak habis lagi makan, baca doa tak ni?







Yang kecik-kecik ni, anak-anak tadika, anak murid saya juga, tudung dah melayang ke mana tu?









Jamuan raya setahun sekalikan? Ha.. nak makan puas-puas, mengadap rezeki tu jangan

Contohilah kesabarannya.

Dalam kesibukan orang ramai yang sedang bertawaf, terdapat seorang wanita yang tidak berhenti-henti tawaf mengelilingi kaabah.
Dia tunduk dan berjalan perlahan-lahan, wajahnya tenang sambil mulutnya tidak henti-henti berzikir pada Allah. Di celah-celah kesibukan itu rupanya ada seorang lelaki memerhatikan keadaan wanita itu. Kerana kagum dengan sikapnya, lelaki tersebut memberanikan diri untuk

Jumat, 30 Agustus 2013

merdeka hakiki

Ashabul kahfi itu
Merdeka jiwanya
Merdeka 
Bebas jiwanya melaksana
Syariat Tuhannya
Zahirnya
terpaksa bersembunyi
di gua sepi

tapi aku...
bebas melaksana syariat Tuhanku
tapi jiwaku..
masih terbelenggu dengan kejahatan nafsu
yang menipu, halus, tersembunyi..
Tuhan..
Entah bila merdeka hakiki itu
jadi milikku...
Bantu aku dalam mujahadahku
agar manisnya iman taqwa mengisi jiwa
tanpa diganggu

Kamis, 29 Agustus 2013

Hikmah di sebalik peristiwa

Setiap peristiwa yang berlaku di atas muka bumi ini ada hikmah atau rahsianya tersendiri. Kebanyakan orang hanya melihat pada peristiwa lahir semata-mata, pada mereka apa yang berlaku di hadapan mata itulah hakikatnya. Tetapi bagi orang yang mahu berfikir ia akan cuba mencungkil rahsia atau hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku. Kenapa, mengapa, apa yang tersirat di sebaliknya.

Mari

sangat benar kata-katanya..

" Tiada gunanya berteman dengan manusia tidak berpendirian, ke mana angin bertiup ke sanalah condongnya. Dia pemurah apabila anda tidak memerlukan hartanya, tetapi dia bakhil ketika anda jatuh miskin dan papa. Alangkag banyak kawan ketika anda menghitung-hitungnya, tetapi alangkah sedikit mereka ketika bencana menimpa."

                                           " Saidina Ali Karramallahu Wajhah

Saidina Abu Bakar...

Sebelum menjadi khalifah diriwayatkan bahawa Saidina Abu Bakar As Siddiq ra selalu menolong seorang wanita tua yang menjadi jirannya. Setiap pagi beliau akan menolong memberi makan unta-unta kepunyaan jirannya itu serta memerah susunya. Setelah beliau diangkat menjadi khalifah  jirannya itu susah hati memikirkan siapakah yang akan menolongnya. Ia menyangka tentulah Saidina Abu Bakar tidak sempat

Rabu, 28 Agustus 2013

DATARAN MERDEKA.... ( sempena malam ambang Merdeka )

Assalamualaikum,

Telah Allah jadikan kegelapan malam untuk hambaNya melahirkan rasa hati. Merayu, mengadu, menyerahkan cinta untuk Allah SWT. Telah Allah jadikan kemudahan hidup untuk manusia yang berakal. Namun mengapa manusia sendiri mengabaikannya? 

Untuk pengujung DATARAN MERDEKA...
Tidakkah kamu terfikir bahawa alam menjadi saksi atas perbuatan kamu, sekalipun malam hitam pekat menyelimuti

Hakikat sebuah kehidupan..

Terbaring di tepi tembok
menderita ketagihan
Tiada siapa yang simpati
Tiada yang ambil peduli
Dia dengan dunianya
Entah apa di benaknya
terkadang merayau dan
dia dihalau bagai anjing kurap
dipandang jijik dan hina
harga dirinya bagai sampah sarap berlonggokan
Usia mudanya tersia begitu saja
Tenaga mudanya terbuang begitu saja
Di mana ayah dan ibunya juga sanak saudaranya
Salah siapa hingga

Tingginya akhlakmu...

Pada suatu hari diriwayatkan bahawa seorang rakyat awam tanpa mengenal Salman Al Farisi, menariknya secara kasar dan menyuruhnya melakukan kerja yang cukup berat. Orang tersebut menyuruh Salman memikul karung rumput untuk dibawa pulang ke rumahnya. Dia berjanji kalau kerja itu selesai Salman akan diberi sedikit upah. Dengan patuh Salman Al Farisi melakukan kerja tersebut.

Dii tengah perjalanan

HEBATNYA MEREKA...

Suatu hari Saidina Umar Al-Khattab berangkat ke negeri Syamuntuk melihat daerah-daerah yang telah ditakluki Islam masa itu. Maksud kedatangannya yang utama sekali adalah hendak bertemu dengan Abu Ubaidah Al--Jarrah, penakluk serta amir negeri Syam yang luas itu. Amir ini juga terkenal dengan sifat amanahnya yang luar biasa.

Sesampai saja di rumah Abu Ubaidah, Khalfah pun dipersilakan masuk.

Selasa, 27 Agustus 2013

Merdeka, merdeka....

Tak beberapa hari lagi kita sebagai rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan negara Malaysia kita yang tercinta ini. ALHAMDULILLAH... syukur kami panjatkan ke hadratMu ya Allah..

Ya Allah, jadikanlah kami hambaMu yang pandai meraikan kemerdekaan..merdeka jiwa dari nafsu yang jahat, yang sangat mengajak kami ke arah kesesatan... apalah gunanya kami merdeka Ya Allah sekiranya nafsu kami

apa persepsi anda...?

Hoiii, nak ke mana tu haa? Masukkk!!! Kau ingat aku ni batang kayu ke haaa!!! Biadap sangat dengan orang tua, keluar!!! Jangan belajar kat sini, berambusss, ambik beg ni!!

Agak-agak kalau tuan/puan sebagai ibubapa mendengar luahan kemarahan begini dari mulut seorang guru bergelar ustaz, bagaimana perasaan tuan/puan?

Terus-terang saya katakan saya takkan dapat menerima kata-kata begini

Minggu, 25 Agustus 2013

Seraut wajah

INILAH seraut wajah
inilah rahsia, jua hakikat kejelitaan
yang pemiliknya sering lupa...
Tika hayatnya tersorok dalam balutan
daging dan urat darah, 
disempurnakan dengan sentuhan
'Rahim' iradah Allah
Untuk pinjaman buat perhiasan.
Dan inilah wajah....yang dulunya disenangi
kini, setelah halkumnya tersumbat tanah
pinjamannya dipersoalkan, menepati janji Allah
 "Kemudian pasti kamu akan ditanya

Tolong saya..

Saya 'bergelumang' dengan anak-anak peringkat umur 4 tahun hingga 12 tahun ni dah lama, seingat saya dah lebih dua puluh tahun, mungkin pelajar tadika saya yang 'first bech', tahun 1990, pun dah kahwin dan ada anak dara. Dan sampai sekarang pun saya masih memegang title cikgu tadika.

Saya pernah ada tadika dan taska sendiri sekitar tahun 2000 ke 2008, penghujung tahun 2008 saya jual kerana

Dulu.........

Embun menitis.... setitis demi setitis...berguguran membasahi bumi. Angin malam bertiup. Sesekali menerbangkan debu-debu pasir. Kedinginan malam pukul 1.00  makin terasa, menjalari dan menggigit-gigit tulang hitam, menambah lena insan yang diulit mimpi indah.

Nun di sana..kelihatan dua sosok sedang berjalan, terhoyong-hayang melawan arus angin, sesekali jatuh.. dan bangun semula. Akhirnya sampai

Sabtu, 24 Agustus 2013

" Wuduk tidak pernah hilang dari diriku...

Diriwayatkan dari sebuah kitab, terdapat seorang wanita pembakar roti di zaman nabi Isa as. Suatu hari sedang wanita itu membakar roti, maka berkumandanglah panggilan untuk menyembah Allah. Wanita tersebut bingkas bangun meninggalkan roti yang sedang dibakar semata-mata untuk mengadap Allah Yang Maha Besar. Dengan hati yang penuh bimbang dan mengharap, dia mengadap Tuhannya. 

Ketika itu

Makanan penghuni Neraka

Di dunia, beraneka jenis makanan dan minuman boleh dipilih mengikut selera kita. Namun bagi penghuni neraka tiada pilihan lagi melainkan makanan dan minuman yang kalau dimakan akan lebih terseksa. Apa dia makanan dan minuman penghuni neraka? Allah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 16-17
" Dan Neraka di hadapan mereka, dan mereka diberi minum dengan air yang bernanah. Dihirupnya sedikit, dan

Sehari kenyang, sehari lapar

Rasulullah SAW pernah menyuruh Saidatina Aisyah memejamkan matanya sewaktu sedang berada di padang pasir di depan sebuah bukit yang besar. Setelah Rasulullah menyuruh beliau membuka matanya, kelihatanlah bukit itu bertukar menjadi emas. Tetapi kemudiannya ia bertukar menjadi bukit semula dan Rasulullah mengatakan bahawa kalau dia mahu ia boleh memohon agar bukit-bukit di sekitar kota Madinah

Jumat, 23 Agustus 2013

Cara Mudah untuk Bangun Malam

Akak yakin ramai yang mengetahui kelebihan bangun malam dan tahajjud, dan akak positif juga ramai yang tak mampu untuk berbuat demikian, walaupun sangat tahu kelebihan dan fadhilat ibadah tersebut.

Apa yang akak nak share di sini bukanlah kelebihan dan fadhilat tahajud itu tetapi InsyaAllah cara untuk 'membongkar' diri dari tilam empuk, InsyaAllah jika ada kesungguhan korang akan dibantu dan

Ajaibnya Iman

Pada malam hijrahnya Rasulullah SAW ke kota Madinah, Saidina Ali telah ditugaskan supaya tidur di bawah selimut yang biasa digunakan oleh Rasulullah. Rumah Rasulullah telah dikepung musuh, pahlawan pilihan Quraisy sedang mengepung dengan pedang tajam terhunus... ketika itulah anak muda yang akan bergelar ' karramallahu wajhah' dengan berani dan yakin menyelimuti tubuh mudanya dari hujung kaki ke

Rabu, 21 Agustus 2013

TANGISAN SEBUTIR NASI

Ini nasi yang kau suap setiap pagi dan sore
Ini nasi yang kau gigit dan mamah dengan geraham dan gigimu yang kuat
dan kau telan aku bulat-bulat tanpa kunyah
kayak ular sawa menelan anak kambing
dan perutmu pun gendut dan buncit
kayak perempuan bunting anak kembar

Dan kau pun kenyang sekenyang-kenyangnya setelah kau lahap aku
kemudian kau tumbang bagaikan pepohon tua
ke kerusi empukmu tanpa kau

Selasa, 20 Agustus 2013

Terima kasih lagi dan lagi...




                         


Sambil temankan anak buat homework saya curi masa buka blog, Alhamdulillah saya dapat kawan baru lagi hari ni :)

Sebelum tu terimakasih Farah Waheeda, umiey Arissa dan member terbaru kancil8349 dan kak Tie, blog kancil saya baru teroka siang tadi, menarik juga, tapi blog kak Tie memang dah lama saya ikut, banyak sangat info menarik, keep it up kak tie..

Semoga

Yang Terjerat




                                            


Seekor ikan
nazak dalm belitan pukat
akibat tidak bijak mengesan perangkap
tidak berwaspada mengemudi haluan

Jiwa...
kiranya terjebak di jaringan maksiat
hati akan digelapi titik-titik hitam
dicabut kemanisan iman 
akal yang terbang sukar diselamatkan
lantaran cuai dalam ibadah
lalai dalam mujahadah

Senin, 19 Agustus 2013

Kagumilah kehebatan TUHAN

Setiap hari kita melihat berbagai kejadian ciptaan Tuhan. Kita kagum melihat gunung-gunung yang tersergam gagah. Kita rasa gerun dan ngeri apabila melihat lautan yang luas terbentang berserta dengan gelombang yang menggulung. Apabila mendengar petir sangat mengejutkan dan menakutkan. Melihat pula kilat pancar-memancar datang rasa ngeri dan cemas.



Kita juga akan merasa sangat takjub dan hairan

Fakta menarik tentang BULUH..

Oleh kerana syawal masih hangat, saya ada satu fakta menarik yang ingin dikongsikan, mungkin ada yang sudah tau, tak mustahil ada yang belum tahu, cam saya juga, baru terbaca..

Kat tepi jalan terutamanya banyak sangat orang jual lemang, yang jual buluh lemang pun, pernah terbaca dalam akhbar tahun lepas, lepas jual buluh lemang, boleh menganggur setahun, mak aiii.. bayangkan banyak mana diorang

Minggu, 18 Agustus 2013

PEMBALUT KEPALA

Suatu hari Rabiatul Adawiyah terlihat seorang yang sedang berjalan dengan kepalanya berbalut. Beliau lalu menghampiri orang itu dan bertanya, " Mengapa engkau membalut kepalamu?"

Orang itu menjawab dengan mengatakan , " Saya sakit kepala,"

Rabiatul Adawiyah kemudian bertanya lagi, " Berapa umurmu?"

" Tiga puluh tahun," Jawab orang itu.

Rabiatul Adawiyah bertanya lagi, " Sehingga hari ini

JANGAN LOYAR BURUK DENGAN TUHAN...





Buah tanpa kulit pasti akan binasa
Isinya akan membusuk dan berulat
Ia tidak akan dikutip
Kerana buah hanya dihargai
Bilamana isinya boleh dimakan

Orang yang enggan bersyariat
Tetap tidak akan selamat
Kerana mementingkan nafsu
dan memeliharanya,bermaharajalela...
Di dunia mendapat kemurkaan Allah
kerana menderhaka
apalagi di akhirat
tempatnya; salah satu antara 7 neraka.....

Wahai Saidatina Fatimah AzZahrah...agungnya akhlakmu

Suatu hari seorang arab badwu telah datang meminta makanan daripada puteri Rasulullah SAW. Siti Fatimah yang terkenal dengan kemiskinan itu tidak mempunyai apa-apa makanan di rumahnya. Lalu beliau memberi sehelai kulit kambing yang menjadi alas tempat tidur anak-anaknya agar dapat dijuala oleh si badwi tadi.

Melihat kulit kambing yang harganya tidak seberapa itu, si badwi enggan menerimanya.

Sabtu, 17 Agustus 2013

Iktibar dari seekor anjing

Suatu hari sedang Abu Yazid berjalan-jalan di satu lorong, tiba-tiba seekor anjing menghampirinya. Oleh kerana takut pakaiannya tersentuh kulit anjing itu, maka Abu Yazid menarik pakaiannya ke atas.

Tiba-tiba anjing itu bersuara seperti suara manusia, " Kalau kulit aku kering, terkena kulitmu, tuan tidak perlu mencuci pakaian tuan, tetapi kalaulah kulitku basah, tuan boleh menyamak pakaian tuan

Belajar elok-elok ye kakak











kakak dan abah




Last checking barang-barang kakak kot ada yang tertinggal, masa dalam perjalanan pun dah bertubi-tubi kakak kena soal siasat kot ada barang yang tertinggal.




bersalaman dengan adik-adik sebelum naik bas




masih sempat senyum, ibu tau kakak sedih, tapi ibu tau juga kakak tabah.

Esok abang pula balik asrama, makin sunyilah rumah ni. Tak apalah, esok-esok ibu dalam

Jumat, 16 Agustus 2013

MENGAPA PENJARA DI DUNIA DIPENUHI LELAKI manakala PENJARA DI AKHIRAT DIPENUHI WANITA?

Di mana-mana negara di dunia hari ini penjara-penjaranya dipenuhi kaum lelaki. Ini tidaklah pelik kerana kebanyakkannya yang merompak, membunuh, menculik, merampas pesawat adalah di kalangan lelaki. Ertinya mengikut penilaian dunia kaum lelaki ramai yang jahat berbanding kaum wanita. Tetapi pada waktu yang sama kaum wanita mendapat satu khabar yang mencemaskan iaitu Rasulullah SAW memberitahu

Taubat Nabi Adam a.s.

Diriwayatkan daripada Hassan, ia berkata bahawa ketika Allah menerima taubat Nabi Adam a.s; para malaikat mengucapkan selamat kepadanya dan Jibril serta Mikail a.s. turun kepadanya seraya berkata, "Wahai Adam, tenanglah hatimu sebab Allah Taala telah menerima taubatmu."

     Jawab Nabi Adam a.s; "Hai Jibril, jika sesudah taubat ini ada pertanyaan, maka di mana sebenarnya maqam (kedudukan) aku?"

Tuhan Maha Penerima Taubat

Diriwayatkan bahawa dalam kalangan Bani Israel ada seorang pemuda yang beribadat kepada Allah selama 20 tahun dan membuat maksiat kepada-Nya selam 20 tahun pula. Suatu hari dia melihat wajahnya di cermin dan nampaklah janggutnya yang beruban. Dia merasakan dirinya telah tua dan sudah tentu semakin dekat dengan kematian.


     Keadaan itu menyebabkan hatinya merana lalu mengeluh, "Hai Tuhanku,

Kamis, 15 Agustus 2013

Cuti sekolah dah nak habis....

Aku dah mula rasa sayu semacam, mengira-ngira dari detik ke detik, alahai...

Dah dua minggu kakak dan abang ada di rumah, makan sesama, gaduh sesama, si kakak pun dah pandai tolong 'hias-hias' blog ibu,...alahai

Rasa sekejap sangat dua minggu, pejam celik, gitu gini..rasa cam baru semalam kakak sampai, tup tup malam ni dah nak naik bas balik asrama, jauh pulak tu. Si abang dekat je, boleh gak

Pintu Taubat Sentiasa Terbuka.

Seorang lelaki telah bertanya kepada Ibnu Mas'ud tentang seorang yang berdosa tapi menyesalinya, apakah bagi orang itu ada hak taubat.
Ibnu Mas'ud berpaling daripadanya, kemudian menghadapnya semula dengan kedua matanya bercucuran air mata, lalu menjawab, " SesungguhnyaSyurga itu mempunyai delapan pintu yang seluruhnya kadang-kala terbuka dan kadang-kala terkunci, kecuali pintu taubat. Pada pintu

Rabu, 14 Agustus 2013

Dalam Nikmat Mahupun Musibah

KIRANYA sekali sekala
dalam usahamu mengharungi kehidupan ini
kau diuji, daripada sekecil-kecil ujian
tertusuk duri hinggalah dihimpit
sebesar-besar musibah, ingatlah
"Sesungguhnya ini semua daripada Allah
dan tidak Dia jadikan semua ini dengan sia-sia
inilah mehnah, ujian dan perhatian-Nya,
tanda kasih Allah,
untuk meningkatkan iman
dan penghapusan dosa.

KIRANYA sekali-sekala didatangi tuah

Saat Kematian yang Indah

BEBERAPA orang murid Junaid al-Baghdadi menceritakan bagaimana indahnya beliau ketika akan meninggal dunia. Beliau masih tetap mengerjakan solat sunat di samping yang fardhu, walaupun beliau tidak dapat bangun lagi. Melihat itu, murid-muridnya berkata, "Apakah ini wahai Abu Kassim? Tuan guru telah terlalu memberati badan, padahal dalam menghadapi maut," lalu beliau menjawab, "Di saat seperti

Biarlah Aku Buta Asalkan...

SEORANG sufi akan melangsungkan perkahwinannya sengan seorang wanita cantik. Tiba-tiba dengan takdir Allah, di saat hampir pada wktu pernikahan, pengantin wanita itu ditimpa penyakit cacar. Pihak keluarganya sangat sedih dan khuatir anak gadisnya akan dianggap hodoh oleh bakal menantu mereka. Mengetahui hal ini, calon suami lalu memperlihatkan pula bahawa dia telah menghidap penyakit sakit mata

Di Antara Permata dan Perintah...

SEORANG sufi dibiarkan keluar masuk istana raja. Tempat yang tidak pernah dimasuki oleh pembesar raja pun telah menjadi biasa baginya. Raja pun tidak menghiraukan sangat kerana baginda lebih tahu rahsia kehidupan orang sufi tersebut.

     Pembesar-pembesar raja menjadi iri hati. Sedangkan pada mata rakyat, kedudukan mereka lebih tinggi daripada  orang sufi tadi. Apa yang menariknya orang sufi

Selasa, 13 Agustus 2013

Boleh pakai ke idea ni?

Bila budak-budak datang beraya, senang je nak jamu diorang. Tapi sebenarnya diorang bukan nak makan sangat pun, dah faham sangat apa yang diorang nak. Kalau nak jamu juga, senang je.. gorengkan nugget ke, kentang goreng ke..

Tapi kalau dah goreng nugget tu, nanti minyaknya berabuk dengan serbuk nugget tu kan, nak buang minyak tu sayanglah pulak, jadi camana nak buat yek?

Tiba-tiba saya dapat

SAMBUNGAN KEUTAMAAN PUASA ENAM DI BULAN SYAWAL

Sufyan Ats Tsauri menceritakan:


"Saya tinggal di Makkah selama tiga tahun lamanya dan adalah seorang laki-laki ahli Makkah yang selalu datang ke Baitulharam setiap waktu Zohor dan dia bertawaf di Kaabah dan solat, kemudian dia memberi salam kepada saya dan terus pulang sehingga saya kenal baik dengan dia dan dia pun kenal baik dengan saya."



Pada suatu hari dia menderita sakit dan memanggil

Senin, 12 Agustus 2013

KEUTAMAAN PUASA ENAM DI BULAN SYAWAL

Barangsiapa menanam pokok kerana mengharapkan buahnya, dia akan menyiramnya pada waktu-waktunya.  Tanda menyerapnya pohon itu terhadap air ialah daun-daunnya menjadi hijau subur. Apabila telah subur dan berlalu beberapa lama, kemudian terkena panas matahari dan daun-daunnya menjadi kering, nyatalah pokok itu tidak menyerap air. Jika daunnya tidak kering malah menghijau, nyatalah pohon itu

Selasa, 06 Agustus 2013

Takut Tua Takut Mati

Ada dua ketetapan,
yang manusia selalu cuba melarikan diri daripadanya;
iaitu tua dan mati.

Banyak orang yang
takut menempuh tua,
dan takut kelihatan tua.
Takut hilang kecantikan,
hilang tenaga dan segalanya
mereka mengambil berbagai jenis petua
dan ubatan,
sanggup melalui penderitaan pembedahan
semata-mata untuk kelihatan muda.
Walhal usianya tetap berlanjutan menjadi tua.

Begitu jua dengan

Mawaddah - Kesyukuran di Hari Raya



entri terakhir sebelum raya, yang ke 100

Hari ni dah last Ramadhan, sayunya... moga ada rezeki ku bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan.

Bagi sesiapa yang nak pulang ke selatan, timur, utara semua tu, ingat ye.. tak lari kampung dikejar, memangla tak kan mati sebelum ajal ( maaf, kasar sangat ke? ), tapi sabar tu sifat orang bertaqwa, so.. sabar, berhati-hati memandu tu ye...

Sempena entri yang ke-100 ni ( tahniah untuk aku ) sekali

Senin, 05 Agustus 2013

PERSEDIAAN IMAN BAGI MENYAMBUT HARI RAYA.

Ramai orang yang tertipu bila tibanya hari raya. Pada mereka hari tersebut adakah untuk bersuka-ria dan bergelak-ketawa. Lebih malang lagi, bila menjelang hari raya tempat-tempat maksiat menjadi tumpuan. Panggung wayang, night club, meja judi akan penuh dikunjungi orang melayu yang mengaku beragama Islam. Betapa ruginya jika kita adalah salah seorang daripada mereka. 

Di hari yang mulia ini,

Syawal terakhir

Tahun 2009 aku sambut syawal di Terengganu. Rupanya itulah syawal terakhir ku bersama Ma.

Waktu tu Ma masih sihat. Banyak terima tempahan tempeyek. Sibuk dengan tempeyek, Ma jarang buat kuih raya. Selalunya tanggungjawab kamilah sebagai anak-anak membeli serba-sedikit persiapan seperti kuih-muih, sarung kusyen, langsir....Memang tak sabar nak balik raya dengan Ma waktu tu. Dah plan nak buat

Minggu, 04 Agustus 2013

Pulang













Seekor penyu



Datang ke pantai buat seketika



Mengeluarkan telur dan berehat sebentar cuma



Esok lusa dia pulang



Ke dasar laut tempat asalnya











Seorang insan



Datang ke dunia sebagai gelanggang sementara



Bertungkus lumus, bekerja keras



Hasilnya bergantung pada kesungguhannya



Penilaian akan diberi oleh Rabbul Jalil



Setelah insan pulang ke tempat asalnya

MENDISIPLINKAN ROH



                             

Bukan hanya kehidupan lahir kita perlu didisiplinkan tapi roh juga perlu demikian. Roh boleh didisiplinkan dengan mengurangkan makan. Secara teknikalnya ada orang makan satu hari tiga kali tapi sikit-sikit. Boleh juga makan dua kali atau satu kali sahaja. Tetapi makan sekali sehari sahaja dalam seharipun tiada ertinya juga kalau makan dengan jumlah yang banyak.

Kamis, 01 Agustus 2013

ABU NAWAS BERTEMU KHALIFAH






Seringkali kita dipaparkan watak Abu Nawas sebagai seorang yang berwatak licu tapi pintar. Mungkin bagi sesetengah orang, Abu Nawas hanyalah watak ciptaan untuk sebuah karya dongeng. Sebenarnya Abu Nawas memang wujud dalam sejarah. Abu Nawas atau Imam Abu Nawas merupakan seorang waliyullah yang hidup di zaman pemerintahan Khalifah Harun Al- Rasyid. Suatu pagi Abu Nawas bersuara nyaring di

SERIUSLAH UNTUK ISLAM

" Apakah Tuhan berbincang dengan ibubapaku sewaktu memutuskan aku akan lahir ke dunia?"
Detik hati Saidina Ali dalam perjalanan pulang menemui ibubapanya. Sebelumnya dia telah bertemu Rasulullah SAW dan ketika itu Baginda telah mengajaknya memeluk agama Islam. Kerana umurnya baru 10 tahun , Saidin Ali telah meminta izin Rasulullah SAW untuk pulang berbincang dulu dengan kedua ibubapanya. Tapi di

BILA DIUJI...

Mengapa aku ini
Bila diuji sering resah gelisah
Sering keluh-kesah
Senangnya mulutku bicara untuk redha
Tapi hatiku sebaliknya
Aku tau jua
Setiap ujian itu adalah penghapusan dosa 
Atau untuk peningkatan darjatku di sisiMu
Dan Engkau tidak mengujiku 
Dengan sesuatu yang aku tidak mampu
Tapi tetap jua aku kalah
Bagaimana aku ini Tuhan
Tolong aku
Jangan biarkan aku
Pimpinlah daku selalu
Agar aku